(2 GAMBAR)Puak Pemisah Serah Kotak Hitam #MH17 Kepada Malaysia

Trending

(2 GAMBAR)Puak Pemisah Serah Kotak Hitam #MH17 Kepada Malaysia

Setelah perjumpaan yang berlangsung selama beberapa jam dengan delegasi Malaysia di bandar Donetsk yang terletak di timur Ukraine, ketua pemberontak Alexander Borodai memberikan kotak hitam pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 kepada wakil Malaysia dalam satu sidang media tengah malam yang ganjil.

Katanya sambil wakil Malaysia berdiri di sebelah kiri:-
BtGbykBIcAE-7BD

Advertisement

Hari ini ialah hari yang penting dalam sejarah penduduk Republik Rakyat Donetsk.

Dia kemudiannya mengeluarkan kotak hitam (yang sebenarnya berwarna oren) dan menunjuk ke arah orang Ukraine sebagai pesalah yang menjatuhkan pesawat penumpang itu.

Ukraine punya kemampuan teknikal dan motif untuk melakukannya.

BtGcf_xIgAAPmWI

Wakil Malaysia dan Belanda kemudiannya menantangani dokumen untuk mengesahkan penyerahan itu.

Sementara itu, keretapi yang dimuatkan mayat mangsa MH17 telah berlepas dari stesen keretapi Torez pada pukul 7.00 malam waktu tempatan semalam, meninggalkan timbunan barang-barang milik mangsa.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Mohd Najib Razak, tren itu bergerak menuju ke Kharkiv, di mana mayat akan diserahkan kepada wakil-wakil dari Belanda dan diterbangkan pulang ke Amsterdam menggunakan pesawat C130 Hercules.

Enam anggota pasukan penyelamat Malaysia akan turut menemani proses penyerahan itu.

Laporan asal: Mashable

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...