(2 GAMBAR)Polis Thailand Temui Anggota Badan Bayi Dihantar Dalam Pakej Bungkusan Ke AS

Trending

(2 GAMBAR)Polis Thailand Temui Anggota Badan Bayi Dihantar Dalam Pakej Bungkusan Ke AS

Anggota badan beberapa orang bayi telah ditemui dalam bungkusan yang dihantar ke Amerika Syarikat, lapor polis Thai pada Ahad.
article-37823f24-ce74-4661-a466-a837dd2bc1db-6U7gDsFaCHSK2-432_634x401

Satu kepala bayi, beberapa kaki, dan kulit –termasuk yang diambil dari orang dewasa dan mempunyai tatu, ditemui pada Sabtu setelah seorang staf syarikat penghantaran parsel mengimbas pakej penghantaran. Kata Jeneral Mejar Polis, Chawalit Prasopsin kepada AFP:

Advertisement

Semua bahagian badan itu bukan dari satu mayat dan dipotong kecil.

Ia sudah dihantar untuk pemeriksaan forensik bagi memastikan sama ada ia datang dari bayi yang meninggal dunia selepas dilahirkan atau mati dalam kandungan.

Semua anggota badan itu ditemui diawet menggunanakan larutan formaldehyde, membuatkan Chawalit percaya ia dihantar ‘untuk tujuan koleksi peribadi atau pendidikan’.

Polis memberitahu mereka sedang menyiasat tetapi tidak mendedahkan lebih lanjut ke mana pakej itu dihantar di AS.

Menurut pihak media tempatan, pakej itu dialamatkan ke Las Vegas, Nevada.

1416155333649_wps_2_Thai_police_show_the_rema

Pada tahun 2012, polis Thai menemui enam fetus yang telah dipanggang dan disadur dengan daun emas sebagai peralatan untuk upacara ilmu hitam.

Kesemuanya ditemui di dalam bagasi seorang rakyat Britain yang berketurunan Taiwan. Ia hendak dihantar ke Taiwan.

Dalam upacara ilmu hitam Thai, fetus yang diawet dipercayai membawa untung kepada pemiliknya dan sering disimpan di tempat-tempat suci dalam rumah atau premis perniagaan.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...