Anggota badan beberapa orang bayi telah ditemui dalam bungkusan yang dihantar ke Amerika Syarikat, lapor polis Thai pada Ahad.
Satu kepala bayi, beberapa kaki, dan kulit –termasuk yang diambil dari orang dewasa dan mempunyai tatu, ditemui pada Sabtu setelah seorang staf syarikat penghantaran parsel mengimbas pakej penghantaran. Kata Jeneral Mejar Polis, Chawalit Prasopsin kepada AFP:
Semua bahagian badan itu bukan dari satu mayat dan dipotong kecil.
Ia sudah dihantar untuk pemeriksaan forensik bagi memastikan sama ada ia datang dari bayi yang meninggal dunia selepas dilahirkan atau mati dalam kandungan.
Semua anggota badan itu ditemui diawet menggunanakan larutan formaldehyde, membuatkan Chawalit percaya ia dihantar ‘untuk tujuan koleksi peribadi atau pendidikan’.
Polis memberitahu mereka sedang menyiasat tetapi tidak mendedahkan lebih lanjut ke mana pakej itu dihantar di AS.
Menurut pihak media tempatan, pakej itu dialamatkan ke Las Vegas, Nevada.
Pada tahun 2012, polis Thai menemui enam fetus yang telah dipanggang dan disadur dengan daun emas sebagai peralatan untuk upacara ilmu hitam.
Kesemuanya ditemui di dalam bagasi seorang rakyat Britain yang berketurunan Taiwan. Ia hendak dihantar ke Taiwan.
Dalam upacara ilmu hitam Thai, fetus yang diawet dipercayai membawa untung kepada pemiliknya dan sering disimpan di tempat-tempat suci dalam rumah atau premis perniagaan.
Laporan asal: Dailymail UK