(2 GAMBAR)Nasi Palsu Dibuat Dari Gulungan Kertas Dikesan Di China

Trending

(2 GAMBAR)Nasi Palsu Dibuat Dari Gulungan Kertas Dikesan Di China

Nasi palsu yang dibuat dari gulungan kertas kecil ditemui awal minggu ini di wilayah Guangdong oleh seorang wanita. Bernama Cai, wanita itu memberitahu pemberita yang dia hanya menyedari tentang perkara itu setelah menghabiskan separuh makanannya, apabila terkunyah sesuatu yang ‘lebih keras dari biasa’.
fake_rice
Menurut Apple Daily, Cai kemudiannya mengeluarkan cebisan itu dari mulut, memeriksa dengan teliti dan terkejut apabila mendapati nasi itu terdiri dari gulungan kertas kecil yang boleh dibuka.

Cai memberitahu polis tempatan yang dia membeli bungkusan nasi itu dari penjaja tepi jalan yang mendakwa nasi itu dimasak dari beras yang ditanam di kawasan perkampungan ‘tanpa menggunakan sebarang racun serangga’.

Advertisement

fake_rice2

Nampaknya tentang itu, penjaja itu tidak menipu.

Awal tahun ini, terdapat laporan mengenai nasi plastik yang dikeluarkan untuk pasaran China namun diimport ke seluruh Asia. Nasi palsu itu khabarnya dibuat dari campuran kentang, keledek dan resin sintetik. Menurut Oryza.com, butir beras plastik tetap keras setelah direbus, manakala sup yang dibuat menggunakan ‘beras’ ini menyebabkan wujud ‘lapisan’ plastik yang tidak menyelerakan’ dan ‘terbakar seperti plastik’ apabila dipanaskan.

KONSERT SELASIHKU SAYANGMuzik Tradisional merupakan interpretasi melodi dan lirik penuh cerminan budaya Melayu. Beralun…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 3 September 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.