(2 GAMBAR)Meow, Kucing Yang Mempunyai Berat 18 Kilogram

Trending

(2 GAMBAR)Meow, Kucing Yang Mempunyai Berat 18 Kilogram

Meow berjalan terkedek-kedek. Ia ialah seekor kucing yang bersaiz besar. Berat kucing bewarna oren dan putih itu ialah 40 paun (18 kg) dan Pusat Perlindungan Binatang Santa Fe sedang menjalankan misi untuk menguruskan Meow. Pemilik asalnya yang berusaha 87 tahun tidak lagi mampu menjaganya, jadi kucing jantan itu diserahkan kepada sebuah rumah perlindungan di tenggara New Mexico yang kemudiannya menghubungi rumah perlindungan Santa Fe untuk membantu.

Advertisement

Jurucakap Rumah itu, Ben Swan berkata:-

Kucing ini memang gemuk, tetapi ia sangat comel.

Meow kini tinggal dengan keluarga angkat. Dia akan menjalani diet khusus supaya boleh hilang beberapa paun. Matlamatnya ialah untuk dia menyingkirkan sekurang-kurangnya 10 paun sebelum dia tinggal dengan pemilik yang menerimanya. Rumah perlindungan itu bercadang untuk mengemaskini status berat Meow di laman Facebook mereka.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kucing itu menambah berat dengan begitu banyak dalam masa dua tahun. Kucing dewasa biasanya hanya seberat tujuh hingga 12 paun.

Seorang doktor haiwan yang memeriksa Meow berkata berat yang berlebihan menyebabkan Meow sukar bermain. Tambah doktor itu:-

 Ia sangat comel. Ia melakukan apa yang biasa dilakukan oleh kucing lain, cuma ia senang mengah dan cepat letih. Kami sedang melihat apa yang boleh kami lakukan untuk membantunya.

Dailymail UK.
 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...