(2 GAMBAR)Lelaki Ini Minum Coca Cola Selama Tiga Bulan Untuk Tingkat Kesedaran Bahaya Gula

Trending

(2 GAMBAR)Lelaki Ini Minum Coca Cola Selama Tiga Bulan Untuk Tingkat Kesedaran Bahaya Gula

George Prior, 50, mahu menunjukkan pada dunia bahawa Coca Cola sangat berbahaya pada badan manusia. Jadi dia memulakan sejenis diet khas iaitu cabaran Diet Coke di mana dia minum 10 tin Coke setiap hari selama tiga bulan. Setin Coke ada 35g gula, jadi dia mengambil gula sebanyak 350g setiap hari, bersamaan dengan 70 kiub gula. Tidak perlu disebutkan lagi, keputusannya tidak memberangsangkan.

10-cokes-a-day-550x309

Advertisement

Badan George sebelum ini sihat dan sasa namun kini berubah dengan drastik. Minum Coke setiap hari membuat perutnya jadi buncit, ototnya hilang dan beratnya bertambah dari 76 kg ke 87 kg. Tekanan darahnya meningkat dari 129/77 kepada 145/96–lebih dari tahap ideal iaitu 120/80. Semua faktor yang berubah ini meningkatkan risiko George untuk mendapat penyakit jantung atau angin ahmar dengan ketara.

10-cokes-a-day3

George juga memberitahu yang dia mungkin telah ketagih dengan Coca Cola. George kini berusaha untuk mengamalkan diet normalnya iaitu Paleo dengan karbohidrat rendah, daging tanpa lemak, sayur dan buah beri, namun masih belum berjaya mengawal keinginan untuk mengambil gula. Malah, sukar baginya untuk makan dengan normal kerana sebelum ini dia sentiasa rasa kenyang dengan minum Coke.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Berdasarkan dapatannya, George kini menggalakkan orang ramai untuk memeriksa kandungan gula dalam pemakanan mereka.

Orang ramai perlu sedar tentang kesan dan bahaya gula kepada kesihatan mereka. Saya buat eksperimen ini supaya mereka berfikir, kawal jumlah gula yang mereka ambil dan sedar betapa tidak sihatnya gula.

Kini eksperimen itu sudah berakhir dan George becadang untuk tidak lagi mengulanginya.

George, bapa kepada dua anak lebih memikirkan tentang kesan gula kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak tidak sepatutnya minum Coke, dan juga jus buah, namun ini sukar untuk diterapkan kepada ibu bapa yang percaya jus ialah semulajadi atau organik. Ia tetap gula. Kanak-kanak tidak perlukan gula, malah gula tidak baik untuk mereka.

Kajian mendapati minuman bergula ialah punca utama penyakit kencing manis jenis II dan kerosakan gigi pada kanak-kanak. Ia juga punca kepada epidemik obesiti dan menyebabkan penyakit serius seperti kanser, penyakit jantung dan angin ahmar.

Saya fikir ramai pesakit diabetes dan jantung tidak sedar bahawa mereka boleh membantu diri mereka dengan mengentikan pengambilan gula.

Dia mengkritik Coca Cola kerana teknik pemasaran yang membuat orang percaya Coke bagus untuk mereka. Dia memberitahu minuman tanpa atau rendah gula digantikan dengan pemanis tiruan juga sama buruk kesannya seperti gula.

Gula tidak menyalahi undang-undang. Bergitu juga dengam minuman ringan. Pelan genius Coke ialah dengan ‘mengurangkan’jumlah gula dalam minuman mereka supaya mereka nampak kisah, tetapi mereka masih menjual gula.

Sumber:  10 Cokes a Day, LA Weekly

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...