Seorang lelaki di Zhejiang, China membawa ibunya yang berusia 84 tahun menaik motorsikal ke tempat kerja setiap hari supaya dia boleh menjaga ibunya. Ibu lelaki itu menghidap penyakit Alzheimer.
Menurut China News, bapa Lu Xincai meninggal dunia awal tahun ini dan isterinya bekerja di bandar lain. Ibu Lu dikenal pasti menghidap Alzheimer sejak tahun lepas. Disebabkan tiada siapa dapat menjaga ibunya di rumah, dia memutuskan untuk membawa ibunya ke tempat kerja setiap hari.
Lu menunggang sejauh empat kilometer setiap hari. Untuk mengelakkan ibunya terjatuh dari motorsikal, Lu menggunakan tali untuk mengikat pinggang ibunya ke pinggangnya. Dia juga menunggang motor dengan perlahan supaya ibunya rasa selesa. Lu juga akan berbual dengan ibunya sepanjang perjalanan.
Setelah meletakkan ibunya di sebuah bilik yang disediakan oleh syarikat, Lu akan memulakan tugasnya sebagai pengawal keselamatan. Dia memberitahu pemberita dia akan memeriksa keadaan ibunya setiap jam.
Saya akan rasa okay jika saya dapat lihat dia. Jika tidak saya takut dia merayau.
Lu berharap dapat memperlahankan masa supaya dia dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan ibunya.
Dulu saya anak kesayangan ibu, dan sekarang dia kesayangan saya.
Kisah Lu menjadi viral di media sosial kerana Netizen di China terharu dengan usahanya untuk menyenangkan ibunya itu.
Sudahkah anda menelefon ibu bapa anda hari ini?
KONSERT CAK LEMPONG EKSTRAVAGANZA 2015Jangan lupa dating menyaksikan dan memeriahkan Konsert Cak Lempong Ekstravaganza…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 26 April 2015