Pete Mckenzie, seorang lelaki Inggeris sudah berkaki ayam sejak 50 tahun lepas. Berusia 69 tahun, dia yang merupakan seorang bekas jurutera telefon berkata pada berkata waktu itu:-
Saya takkan pakai kasut lagi sehingga saya mati.
Dan dia masih mengotakan janjinya hingga kini, dengan tidak memakai kasut walaupun pada hari perkahwinannya.
Keazaman Pete yang pelik itu menyebabkan dia menjadi legenda di pub di Birmingham, di mana dia dikenali sebagai ‘Pete the Feet’. Dia sering menghabiskan masanya di pub, menjual barangan cenderamata yang dibuat sendiri di rumah, dengan logo peribadi dua kaki tanpa kasut.
Saya tak sukakan kasut, atau pakai apa saja di kaki. Malah semasa berkahwin, saya tak pakai kasut. Isteri saya mungkin pernah lihat saya pakai kasut sekali dua, tetapi cucu-cucu saya memang tak pernah lihat saya berkasut.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Pete sudah berkahwin selama 44 tahun dan bernasib baik isterinya memahami yang dia tidak mahu berkasut.
Kasut tak sesuai dengan saya, tak sesuai dengan kaki saya. Seingat saya, saya tak pernah suka pakai kasut. Pernah sekali masa umur 16 tahun saya tanggalkan setokin dan kasut, buang ke dalam sungai masa berjalan balik ke rumah.
Pete berusia awal 20’an semasa mula berkaki ayam, dan walaupun ibunya merayu agar dia memakai kasut, dia terus berhenti memakainya. Menurut Pete, pada tahun 60’an, tidak memakai kasut ialah perkara normal.
Masa itu, tiada siapa pakai kasut.
Kini Pete sudah biasa tidak berkasut sehinggakan kakinya tidak rasa sejuk walau berjalan atas ais. Dakwa Pete, walau suhu 0 darjah, kakinya tetap panas. Ujarnya:
Pernah orang sentuh kaki saya dalam cuaca sejuk, dia tersentak kerana kaki saya panas. Kaki manusia jadi sejuk kerana mereka pakai kasut dan setokin.
Sumber: Birmingham: It’s Not Shit, Express.co.uk