(2 GAMBAR)Lelaki China Tak Sedar Kepala Ditembusi Pisau

Trending

(2 GAMBAR)Lelaki China Tak Sedar Kepala Ditembusi Pisau

Xiao Yunzhi, seorang lelaki berusia 57 tahun sedang menyibukkan diri apabila sebuah pisau dengan bilah berukuran 13 cm jatuh di kepalanya. Pisau itu jatuh dengan bilah ke bawah dan menembusi kulit kepalanya dan terlekat di situ.

knife01

Advertisement

Apa yang lebih mengejutkan, ialah Xiao yang tinggal di bandar Yuangguan, China, langsung tidak sedar ada pisau terbenam di kepalanya sehinggalah diberitahu seorang saksi. Xiao memberitahu dia hanya rasa kepalanya lebih berat, tidak lebih dari itu.

Dia kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan dan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan pisau itu. Keadaannya kini stabil, namun masih dirawat di unit rawatan rapi.

knife02

Pisau itu sebenarnya jatuh dari apartment di atas tempat Xiao berdiri. Khabarnya, ia milik seorang lelaki yang meletakkan pisaunya atas pasu balkoni kerana berkebun. Pisau itu dipercayai jatuh ditiup angin.

Beginilah kata orang, berpantang maut sebelum ajal.

Sumber: NyaaSoku
Gambar: Weibo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...