Dalam dunia ini ada ramai yang sanggup menghabiskan wang untuk kelihatan seperti orang lain. Ada yang mahu kelihatan seperti patung Barbie, patung Ken, Miranda Kerr, dan seorang peminat Kim Kardashian bernama Jordan James Parke, 23, mahu kelihatan seperti selebriti televisyen realiti tersebut.
Jordan yang bekerja sebagai artis solekan menghabiskan $150, 000 (RM 642, 864.93) untuk kelihatan seperti Kim.
Jordan memberitahu akhbar The Sun dia jatuh cinta dengan Kim, 33, setelah menonton satu episod Keeping Up With the Kardashians.
Saya suka semua perkara tentang Kim. Dia ialah wanita paling cantik. Kulitnya sempurna, rambutnya dan segala tentang dirinya.
Untuk menyerupai Kim, Jordan telah menjalankan lebih dari 50 prosedur kosmetik termasuk Botox, suntikan filler di pipi dan bibir, tatu kening dan pembuangan bulu secara laser.
Ramai menghina wajah saya plastik, tetapi saya beritahu mereka jika saya kelihatan semulajadi selepas pembedahan, saya akan minta pakar bedah kosmetik pulangkan wang saya.
Kami fikir, mungkin dia patut minta wangnya dipulangkan kerana hasil yang ke laut dalam.
Laporan asal: Dailymail UK