(2 GAMBAR)Kisah Seorang Lelaki Tua Yang Makan Dengan Ditemani Gambar Isterinya Yang Telah Meninggal Dunia

Trending

(2 GAMBAR)Kisah Seorang Lelaki Tua Yang Makan Dengan Ditemani Gambar Isterinya Yang Telah Meninggal Dunia

Gambar ini menunjukkan seorang lelaki tua yang sedang makan ditemani gambar mendiang isterinya. Ia menyentuh hati ramai orang setelah menjadi viral minggu lepas.

Gambar ini telah dimuat naik oleh Madina Bashi Zadah, yang mengambil gambar itu sewaktu makan tengahari dengan seorang rakan di In-N-Out Burger yang terletak di Fremont, California. Sejak dia memuat naik gambar itu pada 22 Oktober, ia telah diulang tweet sebanyak 8, 000 kali.
love-is-forever2-550x553
Medina memberitahu dia perasan akan seorang lelaki yang duduk di meja berdekatan, menikmati makanan sambil merenung gambar dalam bingkai yang diletakkan di hadapannya. Madina terus membuat telahan bahawa wanita itu ialah isterinya yang telah meninggal dunia. Perkara ini amat menyentuh hati Madina sehingga dia menangis dan tidak sampai hati untuk menyapa lelaki itu. Katanya:-

Advertisement

Bila saya lihat dia, saya rasa emosional dan mula menangis. Kawan saya mahu saya tegur untuk berbual dengan dia tetapi saya tak boleh buat begitu tanpa menangis.

Orang lain yang ada di restoran itu bagaimanapun ada berbual dengan lelaki itu dan bertanya tentang gambar itu padanya. Lelaki tua itu mengesahkan wanita dalam gambar itu ialah isterinya yang telah meninggal dunia lima tahun lepas.

love-is-forever

Madina mendapat tahu lelaki itu bertemu isterinya ketika berusia 17 tahun. Perang menyebabkan mereka terpisah selama 10 tahun tetapi lelaki itu terus mencari wanita yang dicintainya itu. Tambah Medina:-

Lelaki itu menceritakan tentang wanita yang ditemuinya 10 tahun dulu kepada seorang tukang gunting rambut pada suatu hari. Kemudian tukang gunting rambut itu memanggil anak perempuannya. Rupanya anak perempuan tukang gunting rambut itu ialah wanita yang dicari selama ini. Mereka terus berkahwin dan perkahwinan itu bertahan 55 tahun sehingga wanita itu meninggal dunia.

Apa yang menarik, satu lagi gambar lelaki tua itu sedang makan ditemani gambar isterinya telah dimuat naik ke Internet pada hari berlainan, dengan kapsyen:

Pastikan anda bercakap dengan orang tua. Terutamanya yang tidak anda kenali. Mungkin anda fikir anda akan menceriakan hari mereka, tapi mungkin anda akan terkejut bahawa mereka juga boleh menceriakan hari anda.

Madina memberitahu dia gembira dapat berkongsi gambar lelaki itu dengan dunia. Ujarnya:-

Ia menunjukkan cinta sejati benar wujud, dan saya memang mahu semua orang tahu.

Sumber:  Today.com, Huffington Post

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...