(2 GAMBAR)Kanak-kanak Diselamatkan Dari Kurungan Harimau Bintang Menggunakan Alat Pemadam Api

Trending

(2 GAMBAR)Kanak-kanak Diselamatkan Dari Kurungan Harimau Bintang Menggunakan Alat Pemadam Api

Penjaga zoo di Little Rock Zoo, Arkansas, berjaya menggunakan alat pemadam api untuk menghalau dua ekor harimau bintang dari mencederakan seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun yang terjatuh dalam kurungan harimau itu.

Kanak-kanak itu diletakkan di atas pagar di tepi kurungan oleh penjaganya untuk melihat harimau bintang, namun terjatuh 4.5 meter kedalam kurungan tersebut, menurut polis.

Advertisement

1412979984913_wps_6_Emergency_personnel_respo

Penjaga kanak-kanak itu berlari meminta pertolongan apabila dua harimau bintang mendekati kanak-kanak tersebut. Setelah kembali, saksi memberitahu bahawa seekor harimau bintang telah pun menggigit kolar baju, manakala seekor lagi menggigit kakinya.

Mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kanak-kanak itu, penjaganya cuba membaling beberapa objek ke dalam kurungan bagi mengalihkan perhatian harimau bintang.
1412979998233_wps_7_Emergency_personnel_respo

Penjaga zoo kemudiannya menggunakan alat pemadam api untuk menghalau harimau bintang, sementara seorang pekerja menuruni tangga untuk mendapatkan si kanak-kanak.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kanak-kanak Arkansas. Keadannya kritikal ketika dimasukkan, namun kini dilaporkan stabil.

Buat masa ini, pameran harimau bintang itu ditutup buat sementara.

Laporan asal: ABC News

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...