Apa yang terbayang dalam minda apabila kita mendengar tentang gaun bernilai RM 926,796.87 ialah gaun tersebut bertatah emas atau berlian, ya tak? Fabriknya dari material lembut dan mahal, jahitannya kemas lagi berseni.
Tetapi satu gaun yang sedang dibida di eBay telah mencapai harga tersebut dan peliknya, ia dibuat dari 100 % getah gelang berwarna-warni.
Gaun itu yang dibuat mengikut saiz budak perempuan dari umur empat hingga enam tahun ditenun dari 20, 000 gelang getah, disenaraikan untuk bidaan di eBay oleh seorang wanita yang berasal dari Wrexham, Wales yang mengaku terkejut dengan minat yang ditunjukkan terhadap gaun itu.
Helen Wright memberitahu WalesOnline yang dia menyenaraikan gaun itu untuk membantu seorang kawan yang telah menghasilkan gaun itu setelah anak perempuannya, Sian, 12, memberinya idea tersebut. Katanya:-
Kawan saya Katherine membuat sendiri baju itu kerana dia sedang bosan dan tidak bekerja.
Saya kata kenapa tidak kita hasilkan gaun dari gelang getah dan dia bersetuju kerana dia terlalu uzur untuk bekerja.
Gelang getah mula popular di kalangan kanak-kanak pada tahun 2011 apabila seorang perekacipta dari Michigan, Cheong Choon Ng merekacipta Rainbow Loom, sebuat alat yang membolehkan kanak-kanak menenun getah gelang kepada barangan kemas.
Populariti gelang getah sememangnya tidak dijangka dalam era di mana kanak-kanak sudah biasa bermain tablet dan permainan video.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan gaun ini, masih ada dua hari lebih sebelum bidaan ditutup.
Laporan asal: The Independent