Majlis pertunangan Fazura dan Fattah Amin telah berlangsung 13 November lepas, dan Fazura telah mengenakan busana berwarna lilac yang direka oleh Rizman Ruzaini.
Ia merupakan kebaya tempahan khusus (custom-made) berinspirasikan ropol era Victoria. Tatarias Fazura disempurnakan oleh jurusolek Shiela Mohamad manakala rambutnya digayakan oleh C. K. Liow.
Majlis pertunangan mereka dilangsungkan di rumah banglo kediaman nenek Fazura secara tetutup, dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan rapat pasangan itu. Baju melayu Fattah yang sepadan dengan busana Fazura ialah dari koleksi Far8 Altelia Amani manakala fabrik ialah dari Jakel Malaysia.
Pasangan itu memberitahu majlis pertunangan ini telah dirancang berminggu lebih awal dan bukan dilaksanakan secara tergesa-gesa. Mereka bagaimanapun bercadang untuk memberitahu mengenai majlis tersebut selepas keduanya selesai mengerjakan ibadah umrah dengan keluarga masing-masing.
Dari hasil perincian pelamin pertunangan serta busana tempahan khusus untuk Fazura, boleh disimpulkan ia memang telah dirancang lebih awal. Proses dokumentasi untuk urusan pernikahan sedang dilakukan oleh syarikat pengurusan mereka yang dijangka melangsungkan pernikahan secara tertutup hujung tahun ini.
Ramai peminat bersyukur impian mereka untuk melihat pasangan ini bersatu bakal menjadi kenyataan. Tahniah diucapkan buat Fattah dan Fazura atas pertunangan ini. – beautifulnara.com