Pada 1 Jun 2012, Ezad Lazim, penyanyi solo yang sebelum ini merupakan vokalis kumpulan Exists telah mengikat tali pertunangan. Tunang beliau, Asliza Abdullah juga merupakan pengurus Ezad sendiri.
Majlis pertunangan di adakan di rumah pihak perempuan dalam majlis yang serba ringkas. Hanya keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja yang di jemput bagi meraikan majlis yang istimewa bagi pasangan ini.
Ezad menyatakan majlis pernikahan mereka akan berlangsung bulan hadapan pada tarikh yang belum ditetapkan.
Apa pun tahniah diucapkan kepada Ezad dan pasangan semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin. Kredit gambar Facebook Ezad Lazim.
***
Klik banner ini untuk membeli secara online Tiket Konsert Dikir Ekstravaganza di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 8.30 malam, 1 dan 2 Julai 2012 untuk Festival Muzik KL 2012 yang menampilkan Ziana Zain, Awie, Jamal Abdillah, Noraniza Idris, Lan Typewriter dan ramai lagi. Tiket-tiket berharga RM RM 20, RM 35, RM 45 dan RM 60 sahaja. Dapatkan sebelum kehabisan!
diana
June 11, 2012 at 11:49 am
tahniah, kalau susah nak cari jodoh.. kahwin aje ngan pengurus. semua urusan akan diurus. settle masaalah
Lazimnya orang minum teh o pagi-pagi ni, bukan TEH returns
June 11, 2012 at 10:10 am
Tahniah Ezad… aku baru nampak kamu hantar mak kamu di Hentian Duta minggu lepas.
triple j
June 11, 2012 at 9:58 am
tahniah ezad! comel juga tunangmu itu :) btw banyak juga kes artis yg akhirnya bercouple dan berkahwin dgn manager sendiri. so moral cerita adalah kalau u all suka kat seseorang tapi takde keberanian nak start, jadilah artis dan ambil org tu jadi managermu hehe
enellyka
June 11, 2012 at 9:30 am
Patot la nmpk dorg ari 2 shopping kat Paradigm Mall , Kelana Jaya… ;D
Prince Noob
June 11, 2012 at 9:16 am
owwhh begitu ye… btw ezad ni masih aktif menyanyi ke, lama tak nampak