Pada 1 Jun 2012, Ezad Lazim, penyanyi solo yang sebelum ini merupakan vokalis kumpulan Exists telah mengikat tali pertunangan. Tunang beliau, Asliza Abdullah juga merupakan pengurus Ezad sendiri.
Majlis pertunangan di adakan di rumah pihak perempuan dalam majlis yang serba ringkas. Hanya keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja yang di jemput bagi meraikan majlis yang istimewa bagi pasangan ini.
Ezad menyatakan majlis pernikahan mereka akan berlangsung bulan hadapan pada tarikh yang belum ditetapkan.
Apa pun tahniah diucapkan kepada Ezad dan pasangan semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin. Kredit gambar Facebook Ezad Lazim.
***
Klik banner ini untuk membeli secara online Tiket Konsert Dikir Ekstravaganza di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 8.30 malam, 1 dan 2 Julai 2012 untuk Festival Muzik KL 2012 yang menampilkan Ziana Zain, Awie, Jamal Abdillah, Noraniza Idris, Lan Typewriter dan ramai lagi. Tiket-tiket berharga RM RM 20, RM 35, RM 45 dan RM 60 sahaja. Dapatkan sebelum kehabisan!