August 17th, 2015

Kalau sebut namanya Puteri Aishah Sulaiman, mungkin ramai yang tidak kenal. Tetapi kalau sebut Cikgu Aishah, ramai rasanya tahu siapa. Kisah Cikgu Aishah ini pernah menjadi viral kerana surat cinta yang diberikan oleh ayah seorang murid sekolah kepadanya ketika Puteri Aishah bertugas menjadi guru sandaran di sebuah sekolah.


 photo cikgu aishah.jpg

Kemudiannya, Puteri Aishah telah menjadi antara finalis pertandingan Dewi Remaja 2014 / 2015 yang berlangsung baru-baru ini.

Baru-baru ini Puteri Aishah bersama Nelydia Senrose telah menghadiri sebuah majlis dengan mengenakan blaus ketat bersama jaket dan skirt pendek. Gambar Puteri Aishah di majlis itu bagaimanapun mendapat kritikan Netizen kerana berlawanan dengan imej menutup aurat yang ditampilkan semasa viral sebagai Cikgu Aishah.


 photo 11870859_1451084068554249_6926470313795497366_n.jpg
 photo 11887902_1451089541887035_875160348121728121_n.jpg
Puteri Aishah juga dikritik kerana tubuhnya agak berisi untuk mengenakan pakaian sebegitu.


 photo komen.png

Mungkin Puteri Aishah perlu berfikir dengan mendalam sebelum mengenakan pakaian menjolok mata apabila sudah dikenali. Kerana sudah bergelar selebriti, pasti akan menjadi bahan gosip Netizen.

Dan mungkin beliau perlu mula ke gimnasium untuk bersenam juga. Bila dah badan dah solid baru cantik sedikit nak berpakaian begitu pun. Kan?

Jangan lupa menyaksikan Lantai Cilik Musim Ketiga pada setiap Sabtu, jam 4.00 hingga 5.00 petang hanya di TV2!!! #lantaicilik3

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Friday, 7 August 2015


Comments are closed.

Loading...