(2 GAMBAR)Burger Ini Diibuat Dari Lalat, Dan Ia Berkhasiat

Trending

(2 GAMBAR)Burger Ini Diibuat Dari Lalat, Dan Ia Berkhasiat

Setiap tahun, waktu musim hujan, sejumlah lalat kecil sehingga trillion banyaknya keluar dari air di Tasik Victoria di Africa. Ia sangat banyak sehingga mampu melemaskan seorang manusia. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang tinggal di tebing tasik Victoria, lalat-lalat ini merupakan sumber protein yang dinantikan.

Beberapa spesis burung akan berpindah ke Tasik Victoria pada musim ini untuk makan lalat ini. Lalat jenis ini menghasilkan bunyi berdengung yang berpanjangan dan ia meliputi setiap permukaan yang wujud setelah mengawan. Namun, biar berapa banyak pun lalat ini yang dimakan oleh burung dan pemangsa semulajadi yang lain, ia masih cukup banyak untuk dijadikan makanan oleh penduduk tempatan.

Advertisement

fly-burgers

Makan lalat mungkin kedengaran menjijikkan, namun itulah yang dilakukan oleh penduduk sekitar tasik Victoria. Mereka memerangkap lalat dan kemudian lalat itu dimasak seperti daging burger yang berwarna hitam arang.

Setiap daging burger ini mengandungi kira-kira 500,000 ekor lalat, yang dimasak seperti burger biasa, tetapi dikatakan tujuh kali lebih berkhasiat dari burger daging yang biasa.

fly-burgers2Bagi orang yang biasanya hanya mendapat sedikit protein dalam pemakanan mereka, burger lalat dianggap kurniaan tuhan, dan di saat kebuluran ia menyelamatkan nyawa. Setiap kampung di sana mempunyai resipi burger lalat tersendiri, namun apa cara pun ia dimasak, ia mendapat sambutan hangat.

Pengguna Reddit gaz7527 dilaporkan telah mencuba makan burger lalat di Mozambique, bagaimanapun, dia memberitahu yang burger lalat ini ‘tiada rasa’.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...