(2 GAMBAR)Bayi Tersepit Di Paip Tandas Diselamatkan Bomba China

Trending

(2 GAMBAR)Bayi Tersepit Di Paip Tandas Diselamatkan Bomba China

Gambar-gambar bertebaran di Internet menunjukkan satu usaha untuk menyelamatkan seorang bayi perempuan baru lahir yang tersepit dalam paip di sebuah universiti di China.

Ibu bayi itu, pelajar Universiti Linyi di wilayah Shandong di Timur China, dipercayai telah melahirkan bayi itu di dalam sebuah tandas Ahad lepas.
ad_146261631
Polis mempercayai yang bayi tersebut telah dipam masuk ke dalam paip dari mangkuk tandas. Ia ditemui apabila tangisannya didengari oleh para pelajar.

Advertisement

Pihak bomba telah dipanggil dan bayi baru lahir itu ditemui dalam paip antara tingkat tiga dan empat bangunan universiti.

Menggunakan gergaji, bomba telah memotong paip dan menolak bayi itu untuk diselamatkan oleh rakan sekerja di bahagian atas.

Bayi itu selamat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Jurucakap bomba berkata:

Mustahil untuk selamatkan bayi itu jika dibuat dari atas. Kami pecahkan paip di tingkat tiga dan tolak dia ke tingkat empat, rakan kami menyambut bayi dan kemudian dia diambil oleh pegawai perubatan.

Polis berjaya menjejaki ibu bayi tersebut dan sedang mempertimbangkan untuk mendakwa gadis itu.

Insiden itu menimbulkan kemarahan orang ramai, dan seseorang menulis di Weibo (Twitter versi China):
ad_146243483

Saya bayangkan imej seorang gadis melahirkan bayi di tandas, pam bayinya, bersihkan diri dan kembali ke bilik untuk meneruskan ulangkaji seolah tiada apa telah berlaku, dan ini sangat membimbangkan Ia ialah petanda betapa rendah akhlak dalam masyarakat kita dewasa ini.

Sumber: Metro UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...