(2 GAMBAR)Banyak Tempat Kosong Dalam Penerbangan MAS Laluan London – Kuala Lumpur

Trending

(2 GAMBAR)Banyak Tempat Kosong Dalam Penerbangan MAS Laluan London – Kuala Lumpur

Malaysia Airlines (MAS) kini melakukan penerbangan dari London ke Kuala Lumpur dengan baris demi baris tempat duduk kosong setelah kehilangan tragik dua kapal terbang miliknya tahun ini.

Beberapa gambar di Internet yang disebarkan menunjukkan banyak tempat-tempat kosong dalam pesawat, termasuk satu gambar yang disebarkan melalui Twitter pemenang rancangan Masterchef UK Wan Ping Coombes.
l2MMjJA
Beliau dilihat sedang berehat bersama suaminya Andrew dan anaknya Alexa dalam kabin kelas bisnes yang kosong dalam penerbangan ke Kuala Lumpur.

Advertisement

Bagaimanapun, orang ramai juga nampaknya tidak membeli tempat duduk di kelas yang lebih murah. Satu gambar yang muat naik ke Twitter oleh penumpang, Ricardo Gonzales, menunjukkan kabin kelas ekonomi yang hampir kosong.

Mungkin, dan bukan sesuatu yang mengejutkan bahawa orang ramai memilih untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan lain setelah nasib yang menimpa penerbangan MH370 dan MH17.
mSrOvTZ

Bulan lepas, penerbangan MH17 ditembak jatuh di Ukraine menyebabkan 298 nyawa terkorban. Penerbangan MH370 pula hilang di Lautan Hindi pada 8 Mac.

Konsultan penjenamaan penerbangan Jonny Clark berkata:

Apabila penumpang ada pilihan antara penerbangan Malaysia atau penerbangan lain, dan tambang pula bernilai sama, mereka akan memilih penerbangan lain atas sebab keselamatan.

Mungkin ia tidak berasas tetapi ia faktor yang mempengaruhi pilihan penumpang.

Jurucakap MAS enggan memberi komen tentang gambar-gambar tersebut, dan berkata:-

Kami bawa 50, 000 penumpang setiap hari dalam jaringan Eropah dan laluan London ke Kuala Lumpur ialah satu kejayaan besar.

Terdapat laporan bahawa syarikat tu akan mendedahkan perancangan bagi penjenamaan semula lewat minggu ini.

Laporan asal: Metro UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...