( 2 GAMBAR)Asyik Lihat Telefon Bimbit, Pemandu Bas China Langgar Penunggang Basikal

Trending

( 2 GAMBAR)Asyik Lihat Telefon Bimbit, Pemandu Bas China Langgar Penunggang Basikal

Seorang pemandu bas di wilayah Jiangsu di China menghadapi pertuduhan jenayah setelah kenderaan yang dipandunya bertembung dengan seorang penunggang basikal kerana dia melihat telefon bimbitnya sewaktu memandu.

texting-driver

Advertisement

Apabila siasatan dilakukan, polis Zhejiang meneliti rakaman pemantauan dari kamera keselamatan bas dan mendapati bahawa lelaki itu yang dinamakan Gao, menggunakan telefon sebanyak 39 kali dalam masa tujuh minit. Ini seterusnya menyebabkan dia melanggar penunggang basikal tersebut, lapor Sina News.

Gao sedang memandu pada kelajuan 70km sejam apabila memandang ke telefon bimbitnya untuk memeriksa panggilan terlepas. Sebaik saja melihat semula ke arah jalan raya, bas yang dipandu olehnya bertembung dengan seorang lelaki tua yang melintas simpang menggunakan basikal.

drivercyclist

Penunggang basikal itu disahkan meninggal dunia sebaik saja sampai ke hospital. Lesen memandu Gao ditarik balik dan dia bakal berdepan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...