(2 GAMBAR)Ambil Gambar Perkahwinan Setelah 68 Tahun Berkahwin

Trending

(2 GAMBAR)Ambil Gambar Perkahwinan Setelah 68 Tahun Berkahwin

Satu pasangan lanjut usia di wilayah Hunan, China telah berkahwin sejak tahun 1946, tetapi hanya kini, setelah 68 tahun berkahwin mereka memakai pakaian perkahwinan untuk kali pertama.

201406130833541505Heqin Zou ialah seorang pesara tentera berusia 93 tahun yang terlibat dalam peperangan di China. Dia menyertai tentera pada usia 17 tahun dan terlibat dalam peperangan di Kunlun Pass. Setelah perang China-Jepun terhenti dia kembali ke kampung halaman dan diperkenalkan pada Cunhua Chen, yang dikahwininya pada tahun 1946.

Advertisement

Oleh kerana baru pulih dari peperangan, keadaan ekonomi China tidak mengizinkan mereka mengadakan majlis bankuet (yang merupakan kewajipan untuk pasangan cina yang baru berkahwin), mahupun membeli cincin perkahwinan dan mengambil foto perkahwinan.

201406130834098944

Apabila sekumpulan sukarelawan melawat pesara-pesara tentera, mereka terjumpa pasangan ini dan sangat terkesan dengan kisah hidup mereka. Setelah membuat perancangan dan mendapatkan dana mereka berjaya mendapatkan syarikat fotografi yang sudi mengambil foto perkahwinan pasangan tadi secara percuma.

Walaupun keduanya mengalami kesukaran untuk berjalan akibat usia mereka, keduanya berjalan berpimpinan tangan untuk memenuhi impian mereka sejak sekian lama, iaitu mengambil gambar perkahwinan!

Laporan asal: ETToday
Gambar/rujukan: Hunan.voc.com.cn

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...