Pernah terasa seolah-olah ada yang memerhati sewaktu anda menggunakan tandas?
Ini mungkin tidak lama lagi menjadi reailiti di Bandar Ichihara di Jepun, setelah tandas awam paling luas di dunia siap. Tandas ini dibina di atas tanah seluas 200 meter persegi, dan menelan belanja USD 125,000.
Mereka mengatakan yang dinding setinggi 6.5 kaki akan dibina untuk mengelakkan pengintai dan dan juga terdapat langsir yang boleh digunakan untuk melindungi pemandangan dalam tandas yang diperbuat dari dinding kaca.
Dikelilingi pokok bunga dan tumbuhan, aroma bunga segar akan berlegar di dalamnya selepas anda menggunakan tandas.
Menurut seorang pegawai dari Jabatan Promosi Pelancongan di Bandar Ichihara, tandas mewah itu dan pemandangan indah di sekelilingnya dibina sebagai tarikan pelancong untuk Festival Seni Ichihara yang akan berlangsung tahun hadapan.
Bagaimanapun, yang lelaki hanya menggigit jari kerana tandas ini khusus untuk wanita sahaja.
hihiih
February 20, 2014 at 5:48 pm
jepun adalah antara negara yang terbersih di dunia.. dan rakyat jelatanya penuh dengan displin.. kalau kita di malaysia pada umur 5-6 masuk tadika(pra-sekolah) dan diajar akademik, tetapi berlainan dengan jepun kanak-kanak yg berusia sama masuk pra-sekolah diajar salasilah kendiri, yg amat penting utk mebentuk penilaian individu. utk digunapakai sepanjang hidup. Contohnya: d jepun kalau di lift/train/lrt/bas/ tidak dibenarkan bercakap atau pun mengunakan telefon bimbit(menjawap panggilan) kerana ini akan menyebabkan pencemaran bunyi sewaktu berada d tempat2 awam dan mungkin akan menganggu sesetengah individu yg mungkin penat, ngantuk, sakit dan sebagainya ketika berada di kenderaan awam. Dan ternyata rakyat mereka sangat patuh dan menhormati setiap undang2 yang dilaksanakan. Bukan seperti di malaysia, papan tanda merata-rata pelbagai amaran; jangan buang sampah.. sampah berlambak merata-rata, jangan merokok tempat awam .. tapi kedai makan, stadium dan beberapa tempat awam lain sentiasa kelihatan perokok dimana2 dan banyak lagi.. orang cina, jepun, orang putih mungkin mengunakan tisu utk membersihkan lepas membuang tapi ini bukan bermakna mereka ini pengotor, itu sudah budaya mereka.. sbb ada org melayu pun pakai tisu juga..
mangkuk tandas
May 31, 2012 at 5:48 pm
takut kena skodeng!.. Keluar interner mau demam panazzz! !!!….
Audrey Hepburn
May 30, 2012 at 12:15 pm
Haaa??? Open toilet??? Eeee…malu…walaupun dinding tinggi, tetapi, malu jugak…
latoya
May 30, 2012 at 10:33 am
Pengotor jugak sebab tak ada air nak cuci…
Anonymous
May 30, 2012 at 10:05 am
Bukan pengotor tu china ke?? bukan jepun la..