November 18th, 2015

Agak jarang kita lihat Datin Alyah memuat naik foto beliau bersama suami Dato Ramli MS di akaun Instagramnya.

Malah, kedua-duanya tidak pernah tampak mesra di khalayak ramai dan bersikap profesional dalam kerja mereka.

Namun, beberapa hari lepas Alyah ada berkongsi foto ketika sambutan hari jadi Ramli MS.

Ramai sebenarya peminat Alyah yang teruja kerana akhirnya penyanyi itu mula bersikap terbuka terhadap kehidupan rumah tangganya meskipun hanya memuat naik dua keping foto sahaja.

Kami harap Datin Alyah dan Dato Ramli MS akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. Syok juga tengok Tok Ram kita mesra dengan isterinya kan? Hehe..


Comments are closed.

Loading...