Untuk mendirikan rumah tangga itu bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak rintangan yang perlu dihadapi sebelum mendirikan ‘masjid’ bersama dan akan ada pasangan yang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan biarpun tarikh kahwin sudah hampir.
Sama seperti kisah seorang wanita ini di TikTok, dia menceritakan bahawa rasa sedih apabila hasrat untuk berumah tangga bersama pasangan bulan 12 tidak kesampaian.
Difahamkan, segala persiapan sudah siap sedia dan hanya tinggal tunggu hari untuk disatukan saja tetapi tunang mengambil keputusan untuk membatalkan majlis.
Bukan itu saja, tunangnya juga berkata belum terlambat untuk membatalkan majlis memandangkan ada lagi tempoh dua bulan dan diugut akan bercerai seandainya wanita itu tetap ingin meneruskan majlis.
Tambahan wanita ‘malang’ itu lagi, minggu hadapan sepatutnya mereka akan ada pre-shoot wedding dan fitting baju kahwin pula pada bulan 11.
Wanita ini hanya mampu berharap agar keadilan berpihak kepada dirinya atas segala dugaan yang dilalui ketika ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.