2 Beradik Disyaki Sengaja Bakar Rumah Sebab Suka Tengok Bomba

Trending

2 Beradik Disyaki Sengaja Bakar Rumah Sebab Suka Tengok Bomba

Misteri 11 buah rumah dan 1 kedai yang terbakar sejak bulan Jun lalu di sebuah kampung yang sama di Kota Bharu, Kelantan akhirnya terbongkar. 2 orang adik beradik lelaki berusia 11 dan 10 tahun telah pun ditahan oleh pihak polis  bagi membantu siasatan siri kebakaran yang berlaku di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat sejak Jun lalu.

bomba

Advertisement

Ada dakwaan yang tular di laman sosial menyatakan siri kebakaran itu berpunca daripada 2 adik beradik tersebut yang membakar rumah kerana suka melihat kehadiran pihak bomba datang memadamkan api. Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, penahanan dilakukan susulan laporan penduduk termasuk kes kebakaran sebuah rumah di hadapan kediaman keluarga mereka.

Polis pergi ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut semalam dan menahan mereka bagi membantu siasatan. Perintah reman terhadap mereka dikenakan selama dua hari berkuat kuasa hari ini sehingga esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api

bombaMedia sebelum ini melaporkan 11 rumah dan satu kedai di kampung itu hangus terbakar sejak Jun lalu. Kebakaran turut melibatkan sebuah rumah kedai diikuti tiga unit rumah sewa beberapa hari sebelum Aidiladha baru-baru ini. Kejadian ketiga membabitkan tujuh rumah di kampung sama pada 28 Ogos lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...