2 Anggota Polis Dan Addy Kanna Dibebaskan Serta-Merta Dari Tahanan POCA

Trending

2 Anggota Polis Dan Addy Kanna Dibebaskan Serta-Merta Dari Tahanan POCA

Masih ingat dengan kes lompat pagar tertinggi di Malaysia? Terbaru, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan untuk membebaskan dengan serta merta Datuk Addy Kanna bersama dua anggota polis yang sebelum ini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan untuk membebaskan mereka bertiga pada petang semalam 27 April 2021 selepas mempengerusikan panel lima hakim dengan membenarkan rayuan ketiga-tiga mereka terhadap permohonan writ habeas corpus.

Advertisement

“Rayuan dibenarkan, perintah Mahkamah Tinggi diketepikan dan permohonan writ habeas corpus perayu (Addy Kana dan dua lagi) dibenarkan. Justeru, dengan perintah setiap perayu dibebaskan daripada tahanan serta-merta”. – Kata Hakim Tengku Maimun.

Mereka bertiga sebelum ini ditahan berikutan sindiket perjudian dalam talian yang menggemparkan negara.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...