Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

1Malaysia Dalam Filem Gila-Gila Remaja Dan Pembikinan Filem Gila-Gila Remaja 2

Sebenarnya ada banyak juga filem yang memaparkan semangat 1Malaysia, lama sebelum konsep itu diperkenalkan oleh kerajaan, salah satunya filem dengan watak-watak mat rempit yang bernama Roy, Remy, Kuzi, Chin dan Ravi iaitu Gila-gila Remaja (1985). Dengar cerita filem Gila-gila Remaja 2 (2011) baru saja selesai menjalani penggambaran.

Dengar cerita juga,  filem Gila-gila Remaja 2 ini akan diterajui oleh pelakon Fizz Fairuz. Sebenarnya ekspektasi kami terhadap filem ini agak tinggi kalau mahu dibuat revival, kerana bagi kami filem ini sudah mencapai tahap klasik. Kami tidak pasti sama ini adalah pembikinan semula filem dengan plot yang sama atau kesinambungan dari plot filem yang sebelum ini.

Advertisement

Filem yang diarahkan oleh Allahyarham Hussein Abu Hassan ini menaikkan nama Faizal Hussein dan Rosyam Noor, dan juga antara filem terawal yang memaparkan kisah mat-mat rempit yang berprinsip. Lagi pula ada adegan Faizal Hussein mempersembahkan breakdance dengan jaket warna pink serta sneakers pink. Vintage uols!.

Tidak lupa juga heroinnya, bekas peserta Dewi remaja 80’an yang cun, Rehana Yassin. Dia hanya muncul dalam satu filem ini sahaja sebelum menyepikan diri.

Adakah Gila-gila Remaja 2 akan menghidupkan semula jiwa filem ini? Bersama-sama kita nantikan. Kredit gambar pada mobypicture Hairul Azreen dan yfrog @Taiyuddin_Bakar.

Layan klip video Faizal Hussein membuat persembahan breakdance dalam filem Gila-gila Remaja.

P/S: Jangan lupa saksikan pementasan teater Bangsawan “Puteri Selindungan Bulan” di Panggung Bandaraya, KL, malam ini, esok dan lusa, pukul 8.30 malam. Tiket RM 5 saja. Klik untuk butiran lanjut atau telefon 03-2052 3600!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top