Sebenarnya ada banyak juga filem yang memaparkan semangat 1Malaysia, lama sebelum konsep itu diperkenalkan oleh kerajaan, salah satunya filem dengan watak-watak mat rempit yang bernama Roy, Remy, Kuzi, Chin dan Ravi iaitu Gila-gila Remaja (1985). Dengar cerita filem Gila-gila Remaja 2 (2011) baru saja selesai menjalani penggambaran.
Dengar cerita juga, filem Gila-gila Remaja 2 ini akan diterajui oleh pelakon Fizz Fairuz. Sebenarnya ekspektasi kami terhadap filem ini agak tinggi kalau mahu dibuat revival, kerana bagi kami filem ini sudah mencapai tahap klasik. Kami tidak pasti sama ini adalah pembikinan semula filem dengan plot yang sama atau kesinambungan dari plot filem yang sebelum ini.
Filem yang diarahkan oleh Allahyarham Hussein Abu Hassan ini menaikkan nama Faizal Hussein dan Rosyam Noor, dan juga antara filem terawal yang memaparkan kisah mat-mat rempit yang berprinsip. Lagi pula ada adegan Faizal Hussein mempersembahkan breakdance dengan jaket warna pink serta sneakers pink. Vintage uols!.
Tidak lupa juga heroinnya, bekas peserta Dewi remaja 80’an yang cun, Rehana Yassin. Dia hanya muncul dalam satu filem ini sahaja sebelum menyepikan diri.
Adakah Gila-gila Remaja 2 akan menghidupkan semula jiwa filem ini? Bersama-sama kita nantikan. Kredit gambar pada mobypicture Hairul Azreen dan yfrog @Taiyuddin_Bakar.
Layan klip video Faizal Hussein membuat persembahan breakdance dalam filem Gila-gila Remaja.