“19 Tahun Ini Paling Bermakna Bagi Saya”, Perenang Sarawak Beri ‘Hint’ Sebelum Ditemui Mati Akibat Kemurungan

Trending

“19 Tahun Ini Paling Bermakna Bagi Saya”, Perenang Sarawak Beri ‘Hint’ Sebelum Ditemui Mati Akibat Kemurungan

Sebelum ini seluruh dunia digemparkan dengan kematian bintang K-pop iaitu Sulli daripada kumpulan f(x) akibat kemurungan. Kini, negara kita kehilangan seorang atlet renang berasal dari Sarawak akibat kemurungan juga.

Menurut Awani, Ayrton Lim ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu rumahnya oleh ibunya sendiri. Pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak kemudian mengesahkan dia telah meninggal dunia.

Advertisement

Mengalami kemurungan

perenang sarawak

Kredit: Instagram

Ibu mangsa ada memberitahu yang anaknya itu mengalami kemurungan sejak tiga hari yang lalu. Dan berdasarkan perkongsian di Ig Story milik mangsa, dia ada berkongsi sesuatu yang seolah memberikan ‘hint’ tentang pemergiannya.

“19 tahun ini sangat bermakna bagi saya dan saya bersyukur jika anda sebahagian daripadanya. Terima kasih.”

ig story

Kredit: Instagram

perenang sarawak

Kredit: Instagram

Aryton Lim pernah mewakili Sarawak dalam kejohanan renang Sukan Malaysia yang lalu dan baru pulang daripada menjalani latihan di Singapura.

Kematian ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani, siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...