Menjadi seorang anggota polis bukan sesuatu yang mudah. Untuk diserap masuk ke dalam pasukan perlu menjalani ujian dan ramai tidak lepas kerana ketinggian dan berat badan terlalu kurang atau terlebih dari sepatutnya.
Lain pula ceritanya dengan seorang pemuda yang dengan mudah menjadi pegawai polis, hanya dengan mengenakan pakaian seragam kadet polis lengkap dengan senjata dan aksesori seperti sayap dipakai di dada.
Dan walaupun hanya berusia 19 tahun, dia mengaku seorang inspektor polis.
Dia juga mempunyai kad kuasa polis, dan semasa ditangkap, dikatakan sedang membuat ‘risikan dan pemantauan mat rempit’.
Dia juga memuat naik gambarnya memakai seragam polis dan ‘operasi’ yang dijalankan olehnya ke ‘story’ Facebook.
Pemuda itu yang merupakan seorang pelajar sebuah kolej vokasional dikatakan membuat sendiri kad kuasa berdasarkan contoh yang dijumpai di Internet dan membeli seragam kadet polis, barangan dan aksesori polis dari dalam talian.
Ia merupakan kali pertama dia mengenakan seragam tersebut dan dia mengakui seorang fanatik dengan profesion polis.
Apa yang menghairankan, mengapa tidak mencuba ujian menjadi polis? Ada mengatakan, bentuk badan pemuda tersebut terlalu kurus untuk menjadi polis. Mungkin dia perlu berusaha untuk membesarkan badan selepas ini supaya lulus ujian menjadi pegawai polis.
Apa pun menyamar menjadi pegawai polis ialah satu kesalahan. Tak semena-mena pula ditangkap dan mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap kerana terlalu ingin menjadi pegawai polis. – amazingnara.com