19 Maut Keracunan Alkohol Di Lembah Klang

Trending

19 Maut Keracunan Alkohol Di Lembah Klang

Polis bejaya menangkap tujuh suspek dalam siasatan yang melibatkan kes keracunan alkohol di Lembah Klang.

Suspek merupakan pengusaha dan pekerja kedai yang menjual alkohol tersebut.

Advertisement

Kes ini telah meragut 19 nyawa setakat ini dan 24 mangsa lagi masih mendapatkan rawatan di hospital.

Polis juga merampas sekurang-kurangnya 20 kotak berisi pelbagai jenama minuman keras daripada dua premis kedai runcit di Jalan Industri 6, Kampung Baru Sungai Buloh.

Antara minuman alkohol yang dirampas ialah 1,030 botol wiski, dan 1,767 tin bir.

Rampasan dilakukan bagi membolehkan siasatan dan ujian dijalankan terhadap minuman keras berkenaan. Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan yang alkohol tersebut telah tercemar atau diubah suai.

Kesemua mangsa mengalami muntah-muntah selepas disyaki mengambil arak daripada tiga jenama iaitu Mandalay Whiskey, King Fisher Beer dan Grand Royal Whiskey. Mereka juga ada sejarah meminum minuman keras yang dikompaun.

Sumber: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...