(19 GAMBAR)Perjalanan Mendaki Gunung Hua Shan Yang Seriau

Trending

(19 GAMBAR)Perjalanan Mendaki Gunung Hua Shan Yang Seriau

Kalau anda jenis gayat melampau, mungkin gambar-gambar ini akan menimbulkan rasa seriau pada diri anda. Set gambar ini memaparkan gunung Hua Shan yang terletak di China. Di bahagian dasar, anda akan menemui satu tangga batu gergasi yang dipanggil “Tangga Suci”. Tangga ini dibina sehingga jauh ke atas, anda tidak akan dapat memastikan apa yang berada di puncak gunung. Namun sebenarnya, tangga itu menuju kepada tebing kayu yang paling berbahaya di dunia.

Tiada siapa yang akan memaksa anda mengenakan gear keselamatan jika anda mahu berjalan di atasnya, namun ia adalah sesuatu yang digalakkan.

Advertisement

Tebing ini mengagumkan dan menakutkan, namun apa yang berada di puncak gunung, pasti akan mengejutkan anda.

Tangga ini indah, tapi menimbulkan rasa seriau.
 photo huashan.jpg

Tapi tangga ini mudah saja untuk dilepas, berbanding apa yang menunggu selepas itu.
 photo huashan2.jpg

Lagi 17 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Sebenarnya, orang ramai mendaki gunung ini untuk ke sebuah tempat di puncaknya.
 photo huashan11.jpg

Apabila mendaki, anda akan berjalan melintas beberapa buah kampung dan rumah.
 photo huashan3.jpg

Apabila sampai kepada satu paras, anda boleh menggunakan gondola untuk pergi lebih ke atas.
 photo huashan4.jpg

Di sini ialah di mana cabaran sebenar bermula, kerana anda perlu berjalan di atas tebing kayu ini.
 photo huashan6.jpg
 photo huashan7.jpg
 photo huashan8.jpg

Hampir tidak ada apa-apa yang akan menghalang anda jatuh dari tebing ini ke dasar gunung.
 photo huashan9.jpg

Malah ada bahagian di mana anda perlu memanjat, menggunakan lubang yang dibuat menggunakan kaki dan tangan anda.
 photo huashan10.jpg

Apa macam, gayat tak? Tengok gambar pun rasa berpeluh tapak tangan.
 photo huashan13.jpg
 photo huashan14.jpg
 photo huashan15.jpg
 photo huashan16.jpg
 photo huashan17.jpg

Semua kesusahan dan adrenalin ini, ialah untuk apa yang ada di puncak gunung. Tunggu, apa yang ada di sana?
 photo huashan12.jpg
 photo huashan18.jpg

Sebenarnya, apa yang ada di puncak ialah kedai teh.
 photo huashan19.jpg

Ramai yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka mendaki gunung Hua Shan hanya untuk menikmati secangkir teh panas di puncaknya. Anda perlu benar-benar menjadi seorang penggemar teh jika sanggup mendaki gunung ini, atau anda memang gemar mendaki tempat-tempat tinggi.

Ada bran?

Sumber: Reddit.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...