Satu gempa bumi berkategori “sederhana” iaitu berukuran 6.0 pada skala Ricther telah berlaku dan dikesan berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 19 kilometer di barat daya Ranau demikian laporan earthquaketrack.
Gempa bumi sederhana berskala 6.0 Ritcher itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.15 pagi Jumaat 5 Jun 2015
Gempa bumi berkenaan dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud
BERITA GEGARAN GEMPA BUMI DI RANAU SABAH 5 JUN 2015
Dari laporan semasa yang diterima, impak gegaran itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan dan kerosakan serius di kawasan lokasi gegaran
Dalam pada itu, orang ramai yang berada di lokasi gegaran turut berkongsi pengalaman mereka merasai gegaran tersebut di laman sosial dengan kebanyakan menceritakan bahawa diri mereka merasa bergegar beberapa saat
Sementara itu, gegaran yang kuat dirasai oleh penduduk sekitar Marudu, Beaufort dan Kota Belud sehingga menyebabkan kerosakan kecil seperti keretakkan pada struktur dinding batu rumah mereka
LAPORAN RASMI DARI JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA 6.5.2015
Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia di portal rasmi www.met.gov.my melaporkan gempa bumi sederhana tersebut adalah berukuran 5.9 pada skala Ricther
Gempa itu dikesan telah berlaku di 15,6.1N 116.6E dengan kedalaman 54km, Borneo. 16km barat laut Ranau, Sabah yang dirasai di Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu, K.Belud, Sabah dan tiada amaran Tsunami dikeluarkan
Lagi 17 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Rasakan kehangatannya…….Debaran lapan (8) kumpulan terbaik merebut kejuaraan Kategori Rampaian Tradisional &…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 21 May 2015