Maafkan Abang Nara kerana lambat berkongsi gambar Shila Amzah dan ND Lala ketika sidang media yang dianjurkan baru-baru ini. Walaupun hasrat untuk memulihkan hubungan dengan media Melayu dilihat tidak tercapai, Abang Nara hormati dan kagumi kesungguhan dan kerelaan anak beranak ini untuk pulang ke Malaysia sedangkan mempunyai jadual aktiviti yang amat padat di China. Sekurang-kurangnya tanggungjawab untuk memberi penerangan telah pun berjaya dilunaskan oleh Shila dan ND Lala.
Apa pun Abang Nara lihat raut wajah Shila Amzah amat berseri-seri ketika sidang media tersebut. Mungkinkah ia ada kaitan dengan fakta hatinya kini sudah dimiliki seseorang? Pengakuan dirinya sudah berpunya telah dilakukan oleh Shila Amzah sebelum kontroversi ini terjadi. Kata Shila Amzah menerusi Berita Harian:-
Saya sudah berpunya tapi tak mahu cerita banyak takut tak jadi macam sebelum ini. Cukuplah setakat itu,
Apa pun semoga kontroversi yang melanda Shila Amzah ini tidak akan menghalang kerjayanya sebagai penyanyi terutamanya di China. Semoga terus maju jaya diucapkan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.