Comelnya la eh Leez AF ini apabila bertudung. Memang makin terserlah kejelitaan lebih-lebih lagi di hari pernikahannya dengan Aepul Drama Band. Semoga lepas bergelar isteri ini hati Leez akan terbuka untuk bertudung sepenuhnya. Abang Nara yakin Leez akan jadi rebutan syarikat tudung untuk menjadikan dirinya sebagai duta produk. Comel macam Pikachu!!!
Abang Nara sebenarnya tergelak kecil juga melihat gambar-gambar selepas majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin ini. Banyak aksi-aksi lucu yang dipaparkan. Nampak gaya memang kedua-duanya otak gila-gila. Sepadan sangat-sangat. Paling sempoi ialah gambar di bawah. Gigit budak!!!
Semoga Leez dan Aepul akan sentiasa bahagia sebagai suami isteri sehingga ke akhir hayat. Semoga cepat-cepat dimurahkan rezeki untuk dikurniakan anak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar EyeLensGallery.
P.S: Emak, anak dara, gadis, budak sekolah atau pelajar universiti semuanya sesuai menggayakan tudung daripada Bidadary.my ini. Banyak sangat rekaan menarik yang pasti membuatkan anda terpegun. Kualitinya pun terbaik. Harga juga amat-amat berpatutan. Wife Abang Nara pun dah beli 2,3 helai. Cantik-cantik katanya. Korang pun silalah ushar di www.bidadary.my.Â