187,710 Dah Tandatangan Petisyen Online, Google Digesa Letak Semula Palestin Dalam Google Map

Trending

187,710 Dah Tandatangan Petisyen Online, Google Digesa Letak Semula Palestin Dalam Google Map

Orang ramai di seluruh dunia kini sedang menandatangani satu petisyen yang telah dilancarkan di Change.org untuk menggesa Google meletakkan kembali negara Palestin di dalam servis Google Mapnya setelah ia diganti dengan nama Israel.

Advertisement

Difahamkan, petisyen yang diberi tajuk “GOOGLE: Put Palestine On Your Maps!” itu sudah dilancarkan lima bulan yang lalu namun mula mendapat perhatian dunia apabila perkara itu menjadi viral di media sosial setelah seorang jurnalis Palestin memulakan kempen atas talian untuk menggesa Google meletakkan semula nama Palestin semula.

Setakat ini, seramai 187,710 orang telah menandatangani petisyen yang menyasarkan target sebanyak 200,000 orang.

Selain di Change.org, netizen seluruh dunia turut mengecam tindakan Google itu di laman Twitter dengan menggunakan hashtag #PalestineIsHere.

Malah, netizen juga turut mempersoalkan perkara itu di akaun rasmi Google di Twitter dan juga Facebook.

Sumber : Change.orgRt.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...