18 Tahun Dalam Industri, Ini Kali Pertama Bella Astillah & Didi Astillah Digandingkan Bersama Dalam Lagu ‘Bermanja-Manja’

Hiburan

18 Tahun Dalam Industri, Ini Kali Pertama Bella Astillah & Didi Astillah Digandingkan Bersama Dalam Lagu ‘Bermanja-Manja’

Untuk makluman ramai, adik-beradik jelita iaitu Bella Astillah dan Didi Astillah sudah berada dalam industri seni selama 18 tahun tetapi kedua-duanya tidak pernah digandingkan dalam lagu yang sama.

Pertama kali digandingkan bersama

Buat pertama kalinya, Bella dan Dida bekerjasama dalam sebuah lagu yang berjudul Bermanja-manja, dimana ia digunakan sebagai runut bunyi bagi drama esklusif di Tonton iaitu Leha Leya Lawa.

Advertisement

Sebagai komposer, Mas Dewangga berkata pengalaman bekerjasama dengan adik-beradik tersebut sangat menarik kerana mereka sangat memberi kerjasama yang baik serta kreatif dalam memberi idea ketika sesi rakaman lagu.

Lagu ini amat bersesuaian dengan semua orang dan juga kepada sesiapa yang sedang mengalamai masalah dalam hubungan percintaan yang ada kalanya bergolak dan ada kalanya indah.

Seronok rakam lagu bersama, proses yang mudah

Sebagai penyanyi yang diberi kesempatan untuk menyanyikan lagu, Bella dan Didi sangat gembira diberi kepercayaan serta merasakan proses rakaman Bermanja-manja ini tidak tertekan susulan ia merupakan lagu yang mudah difahami.

Sekadar info, lagu Bermanja-manja merupakan hasil idea daripada Mas Dewangga dan Jova Devito sebagai komposer dan penulis lirik bersama-sama dengan Alternate Records & Talents.

bella astillah
6 months ago

Ucapan Bella Astillah Untuk Kekasih Didi Undang Sebak - "Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...