18 Tahun Bersama, Fazley Yaakob Sahkan Sudah Bercerai Beberapa Bulan Lalu – “Persetujuan Bersama, Hubungan Kami Masih Baik”

Hiburan

18 Tahun Bersama, Fazley Yaakob Sahkan Sudah Bercerai Beberapa Bulan Lalu – “Persetujuan Bersama, Hubungan Kami Masih Baik”

Selepas 18 tahun melayari bahtera rumah tangga, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengesahkan dia sudah bercerai dengan Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan lalu.

Kongsinya, keputusan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama dan hubungannya dengan bekas isteri masih kekal baik.

Advertisement

Saya sendiri telah memfailkan perceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah telah pun tamat. Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini.

fazley yaakob cerai

Fazley Yaakob dan Azrene Soraya Abdul Aziz bernikah pada 2007 dan dikurniakan empat orang anak, Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah, 13 dan Alayna Selma, 7 tahun.

Sementara itu, menerusi Instagram story pelantun lagu Asmara tersebut dilihat berkongsi foto mereka meluangkan masa bersama anak-anak membuktikan kedua-duanya masih menjaga hubungan baik.

IG story Fazley yaakob

Emma maembong cerai
3 months ago

Selesai Jalani Tempoh Idah, Emma Maembong Akui Sudah Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...