18 Individu Ditahan Polis Akibat ‘Cucuk Langit’ Di Inap Desa

Trending

18 Individu Ditahan Polis Akibat ‘Cucuk Langit’ Di Inap Desa

Berita mengenai jenayah dadah sering saja kita dengar sejak kebelakangan ini dan dilihat semakin menjadi-jadi hari demi hari khususnya di negara kita. Kita dapat lihat ramai individu yang terjebak dengan kegiatan tidak bermoral ini dan ditangkap pihak polis seperti ianya bukan satu perkara yang salah di sisi undang-undang.

Antara jenayah melibatkan dadah ini termasuklah penyalahgunaan dadah, mengedar dadah dan juga memproses dadah. Sedih kita dengar apabila individu yang terlibat dengan jenayah dadah ini meliputi banyak peringkat umur. Ia juga boleh dikatakan kerana sikap acuh tidak acuh sesetengah individu tentang perkara ini.

Advertisement

3 years ago

Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Guna Kurier

Mengikut statistik, lebih daripada 100,000 orang yang terlibat dengan jenayah dadah ini dan jumlah terbesar datang daripada golongan belia iaitu sebanyak 65 peratus. Data yang ditunjukkan amat merisaukan pihak berkuasa kerana angka tersebut dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun walaupun sudah pelbagai operasi dijalankan.

Tiga pelajar antara 18 individu yang ditahan dalam sebuah parti liar di Melaka

Menurut laporan Sinar Harian, seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah serta pelajar lelaki dan perempuan di institusi pengajian tinggi (IPT) adalah antara 18 individu yang ditahan selepas terlibat dalam parti liar di sebuah inap desa di Alai, Melaka, awal pagi Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Zulkiflee Rashid berkata, kesemua 14 lelaki, pelajar perempuan serta tiga wanita berusia lingkungan 15 hingga 24 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 1.25 pagi.

Tiga pelajar tersebut antara 13 individu yang didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ganja menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan ketika serbuan dilakukan di inap desa tersebut.

“Ketika serbuan, kesemua individu berkenaan sedang leka dan khayal selain polis menemukan pembesar dipercayai untuk berparti,” kata Supritendan Zulkiflee Rashid

Tambah beliau lagi, hasil pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada mereka turut memiliki satu bungkusan plastik lutsinar dipercayai pil ekstasi seberat 0.45 gram dan satu ketulan mampat ceraian daun kering dadah jenis ganja seberat 2.60 gram.

Kedua-dua individu tersebut direman empat hari hingga 20 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(3) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kesemua individu yang lain didapati positif dadah hasil saringan awal air kencing itu pula disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...