171 Lelaki Kunjungi Spa Songsang Bukang ‘Mangsa’, Kes Polis Dan Mahkamah Diklasifikasi ‘Selesai’

Berita

171 Lelaki Kunjungi Spa Songsang Bukang ‘Mangsa’, Kes Polis Dan Mahkamah Diklasifikasi ‘Selesai’

Seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit, Jalan Raja Laut, telah dibebaskan semalam selepas permohonan reman polis ditolak oleh mahkamah.

Serbuan malam Jumaat itu dilakukan oleh unit D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama DBKL dan JAWI selepas risikan lebih dua minggu ke atas premis yang disyaki menjalankan aktiviti “songsang”.

Advertisement

spa songsang

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata permohonan reman ditolak kerana ia dikemukakan lewat—akibat jumlah tangkapan yang terlalu besar, memerlukan setiap individu diproses dan di­kelaskan satu per satu.

Beliau memaklumkan semua tahanan disiasat mengikut Seksyen 377 dan 372 Kanun Keseksaan, namun polis tidak menemui bukti kukuh untuk mendakwa mana-mana individu.

“Tiada seorang pun mengaku sebagai mangsa,” katanya.

Mengikut undang-undang semasa, ketiadaan pengakuan mangsa menyebabkan kes tidak boleh diteruskan.

Walaupun 171 individu tempatan dibebaskan, 31 warga asing yang turut ditahan telah direman selama dua hari untuk siasatan lanjut, khususnya membabitkan status dokumen pengenalan diri. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kaunselor
2025-11-26 18:46:14

Kaunselor eHati Menangis Di Mahkamah, Mengaku Malu Tayang Tubuh - "Saya Tanggung Trauma Teruk Seorang Diri"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...