17 Tahun ‘Menghilang’, Kumpulan X-Factor Kembali ‘Reunion’ Buat Peminat Teruja – “Helok-Helok Walaupun Dah Berusia”

Hiburan

17 Tahun ‘Menghilang’, Kumpulan X-Factor Kembali ‘Reunion’ Buat Peminat Teruja – “Helok-Helok Walaupun Dah Berusia”

Selepas hampir dua dekad menyepi, kumpulan popular era 90-an, X-Factor membuat kejutan dengan kemunculan semula di Konsert Elite Live In Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Kehadiran mereka mengundang sorakan gemuruh penonton sekali gus mencetuskan nostalgia buat para peminat yang tidak menyangka X-Factor kembali bersatu di atas pentas.

Advertisement

kumpulan x factor

Menurut salah seorang anggotanya, Shah, 47, mereka sebenarnya sudah tidak berhubung selama hampir 17 tahun namun berjaya berkumpul semula hanya sebulan sebelum konsert berlangsung.

Kami memang lama tak berhubung kira-kira 17 tahun. Tapi sebulan lalu saya dan Jim mula cari semula semua ahli, ambil masa juga sebab masing-masing dah bawa haluan sendiri.

Shah menambah, proses mengumpulkan semula ahli kumpulan bukan mudah kerana masing-masing kini mempunyai kerjaya dan keluarga tersendiri.

@m.rezu

Boyband X-Factor Part 3. Follow their official TikTok @xfactor.official #fyp #xfactor #boyband #malaysiantiktok

? original sound – m.rezu – m.rezu

Difahamkan, Fendi kini bekerja di sebuah syarikat perbankan, Shah menjadi jurulatih gimnasium, Jim terlibat dalam sektor kewangan, Danny memandu Grab sebagai sumber rezeki, manakala Zack pula bergelar bapa suri rumah tangga sepenuh masa.

Seorang lagi anggota, Danny, 45, turut menegaskan bahawa kumpulan X-Factor sebenarnya tidak pernah berpecah seperti disangka.

Kami tak pernah gaduh pun. Tak pernah bubar. Cuma masing-masing bawa haluan sendiri. Untuk konsert ini, saya ada cuba hubungi Ivan tapi dia sudah undur diri daripada nyanyian. Dia sekarang uruskan perniagaan di Pulau Pinang, jadi tak dapat sertai kami.

Untuk rekod, X-Factor mula bergiat aktif dalam industri hiburan sekitar tahun 1999 hingga 2009 di bawah naungan KRU Records. Antara lagu hits mereka termasuk 725 1364, Sehangat Api, Tak Sanggup dan Masih Mencari.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Linda rafar
2025-09-25 20:30:05

Linda Rafar Balas Komen Netizen Isu Pakai Seksi Jadi Tumpuan - "Tak Sangka Dia 'Reply' Macam Tu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...