Jika anda penggemar filem Hollywood pasti pernah dengar filem berjudul Entrapment lakonan aktor dan aktres antarabangsa Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones.
Filem terbitan tahun 1999 tu rupa-rupanya pernah difilemkan di beberapa tempat di Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas KLCC dan Stesen LRT Bukit Jalil yang kini diubah namanya menjadi Pudu.
Malah, pelakon tempatan kita juga turut terlibat dalam penggambaran naskah arahan pengarah Jon Amiel itu iaitu aktres Maya Karin yang pada ketika itu baru sahaja mencecah 17 tahun!
Perkara tersebut mula menjadi tular setelah seorang pengguna media sosial Twitter ada memuat naik gambar yang dirakam dalam salah satu babak filem berkenaan di mana kelihatan seorang wanita yang mirip aktres berkenaan.
Ia kemudian mendapat respon Maya Karin yang mengakui wanita berkenaan adalah dirinya dan telah bergelar pelakon tambahan dalam filem tersebut.
Ahaha! Yes it is, my first movie gig when I was 17 terus masuk Hollywood haha. Extra je ? https://t.co/Wv7DocJZBw
— Maya Karin (@maya_karin) November 9, 2021
Cerita Maya lagi, meskipun bergelar pelakon tambahan, dia telah menerima bayaran sebanyak RM500 untuk babak tersebut.
“RM500 untuk kerja satu malam, sebagai seorang yang berusia 17 tahun, it’s kechinggg!” tulisnya berseloroh.
Sekadar info, Maya Karin juga pernah muncul sebagai cameo dalam filem Hollywood yang berjudul Alone yang turut dibintangi Tyler Posey.
Dalam filem tersebut, Maya telah memegang watak sebagai seorang Penganalisa Perubatan.