17 Rakyat Malaysia Tentera Isra*l, 6 Tak Dapat Dihubungi

Berita

17 Rakyat Malaysia Tentera Isra*l, 6 Tak Dapat Dihubungi

Seramai 17 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah disahkan dipintas oleh tentera Israel ketika berada di perairan Gaza setakat jam 2 petang, Khamis, menurut Sinar Harian.

Menurut kemas kini daripada Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), lima individu terbaharu yang dipintas ialah Haroqs, Dr. Taufiq, dan Haikal yang menaiki kapal Free Willy, serta Zainal Rashid Ahmad dan Ustaz Mad Abdullah dari kapal Fair Lady.

Advertisement

zra

Selain itu, enam rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan, termasuk Razali Awang yang berada di atas kapal Inana.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kapal yang telah dipintas oleh tentera Israel meningkat kepada tujuh buah, iaitu Alma, Sirius, Huga, Grande Blu, Hio, Free Willy dan Fair Lady.

Terdahulu, seramai 12 sukarelawan sempat menghantar mesej kecemasan SOS melalui media sosial Sumud Nusantara sebelum komunikasi mereka terputus.

Untuk rekod, seramai 23 rakyat Malaysia terlibat dalam misi kemanusiaan GSF bagi menyampaikan bantuan kepada rakyat Gaza.

pmx
2025-10-02 17:10:36

PMX Bincang Dengan Pemimpin Dunia Desak Isra*l Bebaskan Sukarelawan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...