17 Individu Dikompaun Sewaktu Sambut Hari Lahir Rakan Di Vila

Trending

17 Individu Dikompaun Sewaktu Sambut Hari Lahir Rakan Di Vila

Kerajaan telah menetapkan bahawa majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan majlis sambutan ulang tahun kelahiran dan sebagainya tidak boleh dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, masih ada segelintir pihak memandang sebelah mata berkaitan dengan arahan ini.

Advertisement

Memetik laporan daripada Free Malaysia Today, 17 indidivu yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan empat orang wanita tempatan dalam lingkungan 18 hingga 32 tahun dikompaun kerana mengadakan sambutan hari lahir di sebuah vila sewaktu PKP.

Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari berkata, pihak polis membuat rondaan di kawasan tersebut dan menyedari sejumlah kereta dan bunyi bising daripada vila berkenaan pada jam 1 pagi.

Tambahnya, kumpulan individu tersebut menyewa sebuah vila bertujuan untuk mengadakan sambutan hari lahir rakan mereka. Walau bagaimanapun ,rakan yang diraikan itu tidak berada di tempat kejadian kerana pulang sebentar ke rumahnya.

17 individu berkenaan dibawah ke balai polis untuk tindakan lanjut dan masing-masing dikenakan kompaun RM 1000 seorang dan ujian saringan air kencing juga dibuat dan hasilnya kesemua mereka negatif.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang PKP bagi mengelakkan dikompuan oleh pihak berkuasa.

Sumber 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...