(17 GAMBAR)Makanan Yang Dihidangkan Di Wad Hospital Seluruh Dunia

Trending

(17 GAMBAR)Makanan Yang Dihidangkan Di Wad Hospital Seluruh Dunia

Ramai yang tidak mahu masuk wad di hospital kerana tidak gemarkan makanan yang dihidangkan. Tetapi di kebanyakan tempat di dunia, makanan yang dihidangkan kepada pesakit di hospital boleh tahan sedapnya. Ini ialah koleksi gambar makanan yanng dihidangkan oleh hospital mengikut tempat di seluruh dunia.

Jerman: Schnitzel, mi dumpling yang dipanggil spätzle, salad dan kek

Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Advertisement

Tokyo, Japan: jeruk, sup miso, nasi dan ayam

Estonia: kentang lecek, dan dan sup kobis, sayur, susu dan pastri

Malvern, Australia: Tagine biri dengan sandwic, brokoli, jagung, buah dan roti

Britain: sup minestrone, pai daging dan bawang, sayur kukus dan pisang.

Jakarta, Indonesia: Mi, ayam, telur, serta bubur nasi dan stok yang dicampur menjadi sup

Dubai, UAE:  Spageti, salad, roti, sayur dan kek

Poland: Roti, mentega, jeruk dan sosej

Norway: Roti, sayur dan patti burger.

Japan:  Kotak bento yang mengandungi sayur segar, daging, ikan, mi dan tempura

Richmond, Kanada: Babi masam manis, bok choy, nasi putih dan potongan tembikai susu

New York: Patti Salmon dengan sos krim zafaran, nasi, labu, asparagus dan kek pisang

China: Nasi dengan beberapa jenis kari

Malaysia: Ayam goreng dan bihun goreng serta teh tarik

Sydney, Australia: sup labu, ayam aprikot, kentang lecek dan kacang pis.

Massachusetts, USA: Salad, sup ayam dan biskut masin

Paris, Perancis: Salad salmon salai, ayam dan courgette, roti baguette dam sepotong pai

Sumber: Imgur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

19 Comments

  1. gee

    September 2, 2014 at 11:36 am

    Itu utk makanan normal diet. Bg terapeutik diet, mknn begitu tdk dihidangkan. Atau mgkin jg menu itu tlah di modofied menjadi menu bkhasiat spt kurg grm dan ayam dibakar dlm oven. Tq

    • Sokonggomhttp://tlogse

      August 7, 2015 at 11:13 am

      Dulu sy beranak hospital seri manjung..diet tghari die pnyla sedap.ayam kicap blackpeper.apapun bersyukur..hospital manjung terbaik!

  2. Red

    September 2, 2014 at 10:54 am

    Kalau kat UK, ada satu hospital kat manchester tu bagi aku pilihan nak makan apa.. nurse ajak pegi pantri & pilih breakfast sendiri mcm buffet.. menu memang tak lari dari salad, nugget, mash potatoes, chips, ayam goreng, baked bean, roti.. semua western food.. dah siap pilih, nurse tolong bawak pegi bilik.. kalau kat malaysia pagi dapat air panas dgn roti sapu butter jam.. tengahari dpt nasi berlauk tak pun bubur.. ptg dpt air panas dgn roti.. mkn mlm nasi berlauk lagi.. klu gov.. klu swasta boleh pilih nk menu apa.. nurse take order.. :)

    • blue

      November 27, 2014 at 9:24 pm

      Eleh…best sgt lah tu kat uk?
      Kt hospital gomen pun boleh pilih la makanan…
      Kelas satu lah..adik aku tiap tahun masuk hospital…
      Happy je pilih western foods la…melayu la..masakan cina la…
      Ok la hospital msia ni…
      Sekurang2 nya kompom halal

  3. Che Miah

    September 2, 2014 at 10:24 am

    Persepsi makanan hospital teruk mungkin lama dulu.Saya pernah masuk wad tahun lepas di hospital kerajaan Alor Setar dan saya sangat impress dengan susun atur di dalam wad yang kemas, selesa, dan tidak terlalu padat,malah lebih baik dari hospital swasta.Makanan yang di hidangkan mempunyai tag nama dan tidak sama antara pesakit . Makanan di hidangakan mengikut keperluan pesakit .Makanan di hidangkan secara tray tapi di balut dengan plastik so makanan tu tak terdedah.Rasa makanan pun ok,tapi tak lah sesedap makanan rumah sebab makanan tu dipastikan dengan piawaian kesihatan so mestilah rasa hambar sikit.Saya sangat berpuas hati dengan hospital kerajaan ini walaupun saya hanya di wad kelas 3.

    • Nur aina

      September 2, 2014 at 10:47 am

      Saya bekerja di hospital alot setar, terima kasih dgn komen yg membina ini, rasa terharu :)

  4. Anonymous

    September 2, 2014 at 9:42 am

    Saya duduk di wad hampir 1 bulan..alhmdulillahh makanan yg di sediakn mngikut citarasa semua pesakit.sedap dn mnyelerakan.dr sarapan pagi hingga mkn malam..walaupun duduk kelas 3 sahaja tp standart makanan mcm hospital pakar..tahniah dr saya!!

  5. Anonymous

    September 2, 2014 at 8:55 am

    Sejak bila hospital pakai pinggan mcm kdai mkn

    • lina

      September 2, 2014 at 9:05 am

      ade je yg guna pinggan cmtu.. untuk yg kelas 2 ke atas. (Untuk gov hospital)

    • zizie

      September 2, 2014 at 9:19 am

      ayam goreng keras..boleh baling kat dinding

    • Anonymous

      September 2, 2014 at 9:39 am

      kat obersea tu hospital gomen punya hidangan ke semua ni? mcm tipu je! ni kat malaysia amik hospital gomen nye contoh, cuba ko letak hospital prince court punya makanan, baru la bleh celenn…

Loading...