Salah seorang penyanyi yang kembali meningkatkan popularitinya selepas memasuki Gegar Vaganza 2 ialah Siti Nordiana. Rupa-rupanya ramai peminat penyanyi yang pernah menjadi pujaan ramai satu ketika dahulu. Nama Siti Nordiana kembali menjadi siulan ramai selepas konsert keempat di mana lagu nyanyiannya “Memori Berkasih” bersama Lan Kristal menjadi viral. Semua habis teringat kenangan lama masa zaman sekolah dulu. Hehehe.
Malah pada minggu lalu (minggu kelima), Siti Nordiana mendapat undian tertinggi daripada para juri selepas namanya diumumkan sebagai penyanyi pertama mendapat lagu untuk minggu seterusnya. Fuh!!! Memang hebat. Kelab peminat Siti Nordiana juga kelihatan amat aktif menyokong kerjaya seninya di laman sosial. Boleh dikatakan kerana Gegar Vaganza 2, nama Siti Nordiana kini kembali meniti di bibir orang ramai.
Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, kemungkinan besar Siti Nordiana mampu beraksi sehingga ke final Gegar Vaganza 2. Namun persaingan daripada para peserta lain juga amat sengit. Siti Nordiana harus meningkatkan usahanya dan tidak leka dengan populariti yang dikecapi kini. Semoga terus berjaya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Siti Nordiana.
Sweet and sopan…mmg suka tgk kak nana ni
I like her style..
Semoga Nana berjaya..suara Nana semakin matang berbanding remaja dulu..sy masih disekolah menengah time Nana top, rakan duet dia yg sgt serasi Arwah Achik n Syura.. Gud luck Nana..:)
Nana baik etc…tapi saya cuma nak kutuk baju kuning tu je…bukan NANA.
Renda baju kuning tu macam kain cadar katil….tak pun macam langsir rumah…
SARAT BARAT HAZAB….
Tapi suka tudung dia yang simple…
Saya kutuk baju je… bukan NANA….peminat Nana diharap bawa bertenang….
Tak salah kutuk baju kan bukan orang… tak jatuh dosa…hahaha
Saya lebih suka Nassier Wahab… terbaikk…
dress up pon nampak sopan even bertudung..takde la macam uqasha senrose sgt..nama je bertudung,tapi senak tengok bila berpakaian..
Ok, nanti kita jumpa. Mak nak jumpa. Hihi
cee tunjuk gambar faradhiya pulak…….comey pulak tgk diorg ni….
SUME BAJU DIA LAWALA…. I LOIKE!!! TOING TOING..
nana sangat bagus la..gud luck nana..
Secara jujur dulu aku tak minat langsung Siti Nordiana ni. Tapi lepas aku tengok Kesopanan dan keayuan dia di Gegar Vaganza aku terus minat dan sokong.
gudluck nana…cantik sangat..
Aku pun baru minat sebab makin sopan dan matang vokal dia…
Teruskan kekal imej Muslimah!
< teruskan kekal imej muskimah < huh ! cakap macm bagos je..kau lupa ke ramai yg cakap dulu suara tu aurat ! si nurdiana ni nyanyi kt GV tu tepekek tepekau tinggi suara tu bukan suara tu aurat ke ????? ni bukan minah jambu yg cakap tapi pengomen2 tudung la gak Nye yg cakap dulu ..skarang mana suara itu aurat ?
Dah jd oren.. Nara Daftar ahli PAN ke..hihi
Bagus2 siti nordiana
Happy tgok ramai support nana. well deserved. Ibu tunggal yg strong! hope nana stay humble and friendly.
nyanteknyer nana…..i loikeeeeeee sgt2x..
Baju yang x ketat…tudung yang menutup dada, pertuturan yg sopan membuatkan aku dah mula menjadi fan nana…….good luck nana…jangan berubah bila dipuji….kipidap
Aku dlu langsung x minat nana… sbb taraf dia mcm artis2 murahan yg bergambar kt majalah mangga… tp now aku tersangkat la suka cara dia… aura dia pun makin mantap.. mcm aura dct masa awal2 dlu… huhu… luv u nana
Amboi ayat tak hengat..artis murahan ko labelkan artis2 yg masok mangga?? Ko tak perasan ke dct pelaris mangga tu dulu?
#KamiTeamSitiNordiana
dulu nana x macam skarang. mcm kampungan sikit walaupun berusaha utk nampak moden dgn pakai sexy. sekarang lagi better, sejuk mata abang man memandangnya.
saya suka nana yang skrg..dia malu-malu n comel gitu..pakaian dia pun tak terdedah sangat sejak berhijab..apa pun good luck nana..semoga dapat masuk final GV 2..
semoga terus sopan dalam berpakaian. suka tengok penampilan dia.. agak baju tu ketat sikit kat dada, dia labuhkan tudung.. agak yg tudung singkat, bahagian dada ada fashion macam loose macam tu so tak nampak ketat dan tak nampak tak elok.. baru sesuai dengan konsep pakaian orang melayu islam..
bagus nana ni. vokal makin mantop. mana tak nye. selalu tgk bacaan taranum alquraan dkt tv
Rambut dah tutup, suara pun aurat juga tak boleh menyanyi . Sama haram dgn tak pakai tudung. Apa la bingai orang melayu ni. Puji tak bertempat
Nana, will you marry me ?
Suka tengok nana.. so cute
Saya takle suka sgt tgk Gegar Vaganza ni tapi!!! disebabkan nana terus melekat!!! na tau x satu kg dtg kedai makan kita org nak tgk nana menyanyi haha! I like her style suara… gaya and auranya! Semoga terus berjaya!!!