Orang kata kalau dah jodoh tak akan ke mana. Abang Nara ingin ucapkan tahniah sekali lagi kepada Datuk Malik Noor yang telah pun menamatkan zaman bujangnya semalam. Kedua-dua pengantin memang nampak berseri-seri, ceria dan romantis. Terima kasih kepada MeghaaMoment yang sudi berkongsi gambar-gambar ekslusif ini.
Dan daripada video yang diambil oleh Azmi Sentral Foto Video, Abang Nara dapat bayangkan keintiman yang dipamerkan oleh kedua mempelai ini selepas sah menjadi suami ister. Romantika di Kota Bharu gitu. Untuk makluman, majlis resepsi Datuk Malik Noor dan Wan Asma akan berlangsung pada jam 8.30 malam ini di Hotel Renaissance, Kota Bharu.
Cute kan video nya? Lagi 16 gambar sekitar majlis pernikahan Malik Noor dan Wan Asma dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit sepenuhnya kepada MeghaaMoment dan Azmi Sentral Foto Video kerana sudi berkongsi gambar-gambar ekslusif ini kepada pembaca BeautifulNara.
najmi
March 14, 2012 at 11:04 pm
tahniah, terharu tgk dato menitiskan airmata syukur, happy moment.
Hanz Selebet
March 14, 2012 at 4:30 pm
Alhamdulillah. Actually ni perkahwinan ke-2 Dato’. Kalau tgk kisah sejarah “hitam” Dato’, seperti yang diceritakan kat youtube, memang menakutkan. Tapi, Alhamdulillah, Allah tu maha pengasih dan penyayang. Hidayah Allah beri kepada sahaja dengan syarat kena berusaha utk mencari dan mendalami. Tahniah, moga berkekalan hingga ke syurga.
yela...
March 14, 2012 at 3:13 pm
Tahniah…semoga bahagia bersama hingga akhir hayat, amin…
Apa2 je la
March 14, 2012 at 10:52 am
subhanAllah tenang je tengok kedua-kedua pasangan. Dato nampak manja, dan Dr Asma pelengkap kemanjaan tersebut. So sweet. Semoga berkekalan hingga ke syurga firdausi. Amin amin amin.