16 Tip Bagaimana Buat Rayuan Permohonan Percepatkan Giliran Haji Untuk Tahun 2018

Trending

16 Tip Bagaimana Buat Rayuan Permohonan Percepatkan Giliran Haji Untuk Tahun 2018

Semasa saya mendaftar Medina di Tabung Haji pada tahun 2015 ketika Medina baru berusia 4 bulan, gilirannya untuk mengerjakan haji adalah pada tahun 2069 (usia lebih kurang 54 tahun).

Advertisement

Syukur Alhamdulillah atas rezeki Allah saya dapat menunaikan haji pada 1437H & juga asbab menetap di Makkah, Medina turut serta dalam ibadah haji kami suami isteri.

Namun, saya difahamkan ia bukan haji wajib bagi Medina kerana berusia 3 tahun dan masih belum akil baligh.

Simpanan Medina di TH telah lebih mencukupi, saya harap 10 tahun akan datang dipanjangkan umur dimurahkan rezeki Medina menerima tawaran haji hendaknya.

Tipsnya, setiap tahun duit hari raya Medina saya akan simpan di TH. Saya juga tidak bercadang untuk buka 2-3 akaun untuk Medina. Semuanya simpan dalam akaun TH sahaja.

Setiap bulan juga ada lebihan rezeki saya akan dahulukan simpanan untuk Medina di TH.

Kelak boleh digunakan untuk pergi haji & pendidikannya. Itu hak anak-anak, sebagai ibu bapa kita harus amanah & jangan sesekali usik simpanan mereka.

Pelbagai soalan telah saya dapatkan penerangan lanjut dan penjelasan dari pegawai Tabung Haji untuk dikongsikan kepada bakal jemaah haji sebagai panduan untuk proses rayuan sebagai satu alternatif, apa pun jua rezeki adalah ketentuan dari Allah SWT.

1. Bakal jemaah haji perlu membuka akaun Tabung Haji dengan jumlah minimum RM 1,300.00 untuk layak mendaftar dan menerima tahun giliran menunaikan haji.

2. Bakal jemaah perlu membuat simpanan tetap sebanyak sekurang-kurangnya RM 11, 000.00 (jumlah yang perlu dibayar jemaah kepada pihak Tabung Haji bagi pakej muasassah adalah RM 9, 980 mengikut harga semasa haji).

3. Subsidi dari Kerajaan bagi setiap jemaah haji muasassah adalah 
RM 9, 570 dari jumlah sebenar yang perlu dibayar iaitu RM 19, 550.00. Ini adalah termasuk kos-kos pengurusan, kos pentadbiran, kos pesawat pergi balik, kos perubatan, kos makanan, kos penginapan di Makkah & Madinah selama tempoh haji iaitu 40 hari hingga 59 hari.

4. Bagi jemaah sudah menunaikan ibadah haji pada tahun 2010 hingga tahun ini, jemaah perlu menunggu hingga 5 tahun Hijrah untuk membuat permohonan semula bagi menunaikan ibadah haji kedua pada kadar harga RM 19, 550.00 (mengikut harga pakej muasassah semasa). TIADA subsidi diberikan kepada haji kedua.

Bagaimana hendak mempercepatkan giliran haji?

1. Jika jumlah simpanan jemaah sudah mencukupi (saya cadangkan supaya simpanan lebih kurang RM 15, 000 termasuk perbelanjaan peribadi sepanjang ibadah haji), jemaah boleh menghantar rayuan kepada pihak Tabung Haji dimana-mana kaunter TH di negeri masing-masing.

2. Buat lah rayuan setiap tahun tanpa berputus asa & bertawakal pada Allah SWT agar dikurnia rezeki kepada kita. Jemaah yang menghantar surat permohonan rayuan akan ditapis oleh Lembaga Khas Tabung Haji, jika ada jemaah menolak tawaran haji pada tahun tersebut, pihak TH akan menimbang setiap surat permohonan rayuan yang dihantar.

4. Andai kata giliran kita menunaikan haji adalah 50 tahun akan datang, dengan usaha menghantar surat rayuan ini tidak mustahil akan dipanggil dalam tempoh lebih singkat dari giliran asal. InshaAllah.

5. Prosedur pihak TH tidak membenarkan kanak-kanak untuk melaksanakan ibadah haji, KECUALI jika anak-anak sudah pun akil baligh. Bagi ibu bapa buat lah simpanan haji untuk anak-anak bermula dari sekarang, setelah cukup simpanan tetap sebagai syarat menunaikan haji boleh kemuka kan rayuan kepada TH berserta surat pengesahan dari pihak doktor bahawasanya anak sudah mencapai akil baligh.

6. Kanak-kanak yang belum akil baligh ibadah hajinya belum lagi jatuh wajib, jadi sebaiknya pihak TH hanya membenarkan anak sudah akil baligh sahaja untuk turut serta bersama ibu bapa bagi melaksanakan ibadah haji. 
Ibu bapa turut boleh menumpang rezeki anak yang ditawarkan untuk menunaikan haji sebagai pengiring.

7. Bagi jemaah warga emas, saya ingin cadangkan agar waris / anak-anak membuat simpanan berdaftar di TH. Usah lah biarkan ibu bapa yang sudah uzur melaksanakan ibadah haji bersendirian tanpa bantuan dari anak-anak.

8. Jemaah warga emas yang sudah uzur diberi kelonggaran untuk membawa seorang pengiring dari kalangan waris / saudara terdekat JIKA rekod perubatan menunjukkan ibu bapa perlu diuruskan oleh waris.

Surat pengesahan doktor dari klinik-klinik panel TH akan dikeluarkan untuk rujukan pihak TH. Bincang dengan pegawai perubatan berkenaan jika waris mahu ibu bapa ditemani untuk melaksanakan ibadah haji bagi kes tertentu.

9. Pengiring juga boleh mengemukakan surat rayuan kepada pihak TH untuk menemani ibu bapa ke Tanah Suci walaupun ketika itu waris TIDAK mendaftar sebagai jemaah haji.

10. Banyak kelonggaran dan pengecualian diberikan oleh pihak TH kepada semua waris yang berkemampuan bagi memastikan bakal jemaah warga emas dapat diurus dan dijaga dengan baik. Ambil peluang ini dengan berbakti kepada ibu bapa selagi hayat dikandung badan.

Bilakah tarikh Proses Rayuan Bakal Haji?

1. Setiap tahun Hijrah – 25 Safar hingga 29 Jamadil Akhir (sila rujuk kalender Masihi bagi setiap tahun Hijrah semasa, jika 25 Safar 1439H jatuh pada 14 November 2017). Bakal jemaah boleh mengemukakan / menghantar surat rayuan pada bulan Hijrah berkenaan sahaja.

Surat rayuan boleh mula dihantar dari tarikh 14 November 2017 (25 Safar 1439H) – kurang dua bulan lagi.

Kursus Asas Haji juga dijangka bermula November ini. Bakal jemaah disamping itu diunjurkan untuk turut serta dalam kursus insentif haji bagi mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan haji walaupun baru menghantar borang rayuan. Siapa tahu rezeki menerima panggilan Agung pada tahun hadapan? InshaAllah.

2. Surat tawaran bagi jemaah terpilih melalui proses rayuan ini biasanya akan dimaklumkan paling lewat 27 Zulkaedah, malah ada juga beberapa hari sebelum penerbangan KT akhir.

3. Format surat rayuan boleh dapatkan melalui carian Google / kaunter TH. Ambil sedikit masa untuk mengunjungi TH terdekat bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut & tepat.

**tertakluk kepada pindaan dari Kerajaan Arab Saudi.

Jika bakal jemaah berkemampuan dan ingin mendapatkan pakej lebih selesa, terdapat beberapa pakej premium & VIP ditawarkan oleh TH Travel (rujuk gambar borang).

Malah, ada beberapa travel agensi swasta turut menawarkan perkhidmatan pakej haji yang berdaftar & diluluskan oleh Tabung Haji dengan harga minimum RM 35, 000 hingga RM 100, 000 (bergantung kepada harga semasa).

Pilihan ditangan bakal jemaah, Perbezaan antara pakej muasassah dengan pakej premium / VIP?

Tentu lah perkhidmatannya setaraf dengan nilai dibayar. Setiap jemaah ada bahagian dijanjikan oleh Allah SWT, walaupun hanya pakej muasassah setiap perjalanan ibadah dipermudahkan Allah & begitu juga sebaliknya.

Adalah lebih baik bermula hari ini pada detik Muharam di tahun baru, kita tanamkan azam menunaikan haji pada usia muda, disaat masih diberi kudrat & tenaga. Dan lebih baraqah lagi jika mampu berkhidmat buat ibu bapa melaksanakan ibadah haji bersama. MashaAllah!

Mari buat kira-kira daripada sekarang, agihkan simpanan utamakan rukun Islam ke-5. Berpegang pada rezeki Allah. inshaAllah!

Semoga bermanfaat.

Kredit : Amera Sabrena Ahmad Sobri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...