“16 Tahun Dia Berkorban, Kena Hadap Paranoid Bekas Isteri – Ellie Suriaty Dedah Que Haidar ‘Disekat’ Untuk Berlakon

Hiburan

“16 Tahun Dia Berkorban, Kena Hadap Paranoid Bekas Isteri – Ellie Suriaty Dedah Que Haidar ‘Disekat’ Untuk Berlakon

Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty tampil mendedahkan kisah di sebalik pengorbanan besar sahabatnya, Que Haidar sepanjang tempoh perkahwinannya sebelum ini.

Menurut Ellie, Que yang dikenali sejak lebih dua dekad lalu bukan sahaja berdepan cabaran besar dalam rumah tangga, malah terpaksa mengetepikan minat mendalamnya terhadap dunia seni ketika berada di kemuncak kerjaya.

Advertisement

Que Haidar

“Saya mengenali Que sejak 25 tahun lalu, sejak dari zaman Akademi Seni Kebangsaan (ASK) lagi. Saya tahu apa yang dilalui sejak mula dia nak berlakon, sehingga berumah tangga.”

“Dia berada di kemuncak kerjayanya ketika berkahwin. Namun, dia mengorbankan 16 tahun hidupnya untuk berdepan dengan paranoia isterinya serta membesarkan anak-anak agar mereka membesar dalam suasana yang positif,”

Ellie turut berkongsi bahawa pelakon filem Rock itu didakwa berdepan sekatan dalam kerjaya lakonannya, termasuk kekangan dalam menerima tawaran kerja.

“Jika dia berkeras untuk mengambil sesuatu tawaran, dia hanya dibenarkan menjalani penggambaran sekiranya semua pelakon yang terbabit adalah lelaki.”

“Tiada pelakon wanita dibenarkan berlakon bersamanya, malah pelakon tambahan wanita juga tidak dibenarkan,” katanya.

Tambahnya lagi, kerinduan Que terhadap dunia lakonan pernah diluahkan secara peribadi dalam satu pertemuan rahsia kira-kira 12 tahun lalu.

“Sekitar 12 tahun lalu, dia pernah bertemu saya secara diam-diam dan meluahkan bahawa dia terlalu merindui dunia lakonannya,” katanya.

Terdahulu, nama Que kembali menjadi perhatian di media sosial susulan krisis melibatkan dirinya dan bekas isteri, Linda Jasmine, selepas guru tari itu membalas komen netizen yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fattah
2026-04-04 08:01:34

Sudah Hilang Sabar, Fattah Amin Fail Semula Permohonan Komital Terhadap Bekas Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...